Wednesday, April 17, 2024

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

 Assalamulaikum & Selamat Sejahtera,

PROGRAM RIMUP, SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH "INDAHNYA WARNA- WARNI AIDILFITRI"

HARI               : JUMAAT

TARIKH          : 19 APRIL 2024 (10 SYAWAL 1445 H)

MASA             : 8.00 PAGI - 12.20 T/HARI (SESI PAGI)

                        2.00 PTG - 5.50 PTG (SESI PETANG)

TEMPAT       : SK PULAU MERANTI

PAKAIAN     : BUSANA HARI RAYA

Buku Program : Sila Klik Disini : https://online.anyflip.com/lenjz/sqam/mobile/index.html

Monday, April 15, 2024

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE-6 SESI PETANG 2024/2025

 TARIKH         : 15 – 19 APRIL 2024

MINGGU       : KE-6

KUMPULAN : KUMPULAN 5 SESI PETANG

 

GURU BERTUGAS:

1. EN. MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (KETUA)

2. PN. AZILAH BINTI MARUDIN

3. PN. NORSALIZA BINTI ABD GHANI

4. PN. SHARIFAH NURUL HAFIZAH BINTI SYED OMAR

5. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF


Perhimpunan rasmi pada hari Isnin, 15 April ditangguhkan berikutan hari hujan. Guru kelas berada di dalam kelas bersama murid-murid. Murid-murid membersihkan kelas sebelum pulang.


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.

4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM. Murid-murid digalakkan memakai uniform sekolah pada hari Isnin. 

5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.

6. Sentiasa mengingatkan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.


LENSA KAMERA

Melangkah tangga dengan semangat

Lambaian sebelum masuk sekolah


Menunggu sebelum pertukaran sesi



Waktu rehat yang dinanti




LAPORAN PERHIMPUANAN RASMI MINGGU KE-6 (SESI PAGI)

  • TARIKH: 15 April 2024
  • MINGGU: 6
  • KUMPULAN: Kumpulan 6 (Sesi Pagi)
Guru Bertugas
  1. En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin
  2. Pn. Suriatie binti Che Lah 
  3. Pn. Norjaya binti Sumaleh
  4. Pn. Che Mariah binti Ngah


Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis: Azra Zahira binti Azrin (6 Saga)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Fifie Mellydyia binti Mazzuki (5 Saga) dan Nur Dina Shafiyah binti Khazali (6 Saga)
  • Bacaan Doa : Isma Arryan Hazeeq bin Ismail (6 Saga)
  • Ikrar Rukun Negara : Azra Zahira binti Azrin (6 Saga)
  • Ikrar Murid : Putri Ayra Sofea binti Mohd Hafiz (6 Saga)
Ahli Pandu Puteri Tunas yang bertugas

Pengerusi Majlis

Ikrara Rukun Negara


Ikrar Murid

Bacaan Doa


Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah



Laporan Guru Bertugas
  • En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin
  • Tema: Disiplin (Kehadiran / Ponteng)
  • Peratus kehadiran pada bulan lepas mencapai 91.26%
  • Ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan kepada guru melalui WhatsApp Kelas dan menghantar bukti bertulis kepada guru kelas.
  • Murid yang tidak hadir perlu memberikan alasan yang munasabah. Contohnya, demam yang teruk, penyakit berjangkit.
  • Murid yang tidak hadir dengan sengaja akan menyebabkan ketinggalan dalam pelajaran.
  • Harapan : Kehadiran penuh pada setiap bulan.
Ucapan Guru Bertugas


Laporan Guru Disiplin
  • Disampaikan oleh En. Tuan Asri bin Tuan Deraman
  • Kehadiran lewat ke sekolah semakin meningkat. Murid perlu hadir ke sekolah sebelum 7.20 pagi
  • Murid yang dapat lewat masih dilihat berlengah-lengah semasa masuk ke kawasan sekolah.
  • Murid perlu maklumkan kepada penjaga untuk hantar  lebih awal ke sekolah setiap hari.
  • Murid digalakkan untuk menyediakan sebuah buku catatan kecil dan pensel untuk mencatat semua pesanan daripada guru.
Ucapan Guru Disiplin


Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
  • Makluman tentang Sambutan Hari Raya yang akan diadakan pada hari Jumaat (19 April 2024).
  • Minggu berikutnya akan diadakan latihan sukantara (jika cuaca mengizinkan)
  • Diharapkan kehadiran murid akan lebih baik pada minggu ini dan seterusnya.
Ucapan GPK Kokurikulum


Disiplin murid: Baik dan terkawal















Saturday, April 6, 2024

SUMBANGAN KASIH RAMADAN 2024

 PENGENALAN


POSTER


GERAK KERJA 


SENARAI NAMA MURID 



LENSA KAMERA SESI PAGI































LENSA KAMERA SESI PETANG 
























UNIT KEBAJIKAN MURID dengan kerjasama PANITIA PENDIDIKAN ISLAM dan BAHASA ARAB