Thursday, June 26, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 22 : Bersopan santun dalam pertuturan
Tarikh : 23 Jun 2014
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan

Guru Bertugas :

1.     Encik Gopi a/l Ranggaya
2.     Puan Sugunah
3.     Puan Siti Fadhilah binti Zahari
4.     Puan Siti Syamsiddar binti Bagimin
5.     Puan Umi Sarah
Laporan :
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
·         Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
·         Bacaan doa oleh Ahmad Alif Rahimi bin Kamaruzaman
·         Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh Alisya Aisyah binti Azlan dan Nurzafirah binti Fairuzzamer.
·         Bacaan ikrar keselamatan jalanraya oleh Edlyn Abnesha a/p Santhakumaran.
2.Laporan guru bertugas pada minggu lepas : Encik Yusnizan bin Marzuki
·         Mengingatkan murid agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
·         Mengingatkan murid -murid tahun enam supaya tidak leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana peperiksaan UPSR semakin hampir.
3.Perhimpunan untuk minggu ke 23 dijalankan oleh Unit Beruniform Puteri Islam
·         Tema : Bersopan- santun dalam pertuturan.
·         Bersopan- santun dalam pertuturan merupakan amalan yang wajib dilakukan setiap hari selain beramal ibadah kepada Allah swt. Pertuturan melambangkan keperibadian. Oleh itu, bersopan - santun dalam pertuturan akan menunjukkan siapa diri kita yang sebenar.
·         Berdasarkan tema minggu ini boleh dikaitkan dengan kisah al-Qamah yang mendapat balasan dari Allah swt kerana tidak bersopan santun dalam pertuturan terhadap ibunya.

4.Ucapan Guru Penolong Kanan HEM : Puan Noraizah binti Dun
·         Menegur sikap sesetengah murid yang tidak menghiraukan keselamatan dirinya apabila tidak menoleh kekanan dan kekiri apabila hendak melintas ke seberang jalan.
·         Amaran telah diberikan kepada murid-murid agar tidak bermain dikawasan perumahan guru dan dikhuatiri perkara yang tidak diingini berlaku kerana ada sebahagian bumbung dan juga dinding telah reput.
5. Pengumuman pemenang kelas terbersih SK Pulau Meranti :
·         Kelas terbersih tahap satu : 3 Gemilang
·         Kelas terbersih tahap dua : 5 Gemilang


6.Ucapan Guru Bimbingan dan Kaunseling : Puan Umi Sarah
·         Mengingatkan murid-murid supaya lebih berdisiplin semasa didalam kawasan sekolah mahupun dirumah.
·         Mengingatkan murid-murid bahawa bulan ramadhan yang mulia akan tiba tidak lama lagi.

7. Perhimpunan bersurai pada 8.15 pagi dan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya





No comments: