Monday, June 23, 2014

Majlis Perpisahan En. Muazam & Pn. Azizah

Pada Jumaat 20/06/14 lepas, satu majlis perpisahan untuk En. Muazam dan Pn. Azizah telah diadakan di SK Pulau Meranti. Selepas program bacaan Yaasin, En. Muazam & Pn Azizah telah menyampaikan ucapan masing-masing yang secara keseluruhannya berkisar tentang pengalaman mereka di SKPM & harapan mereka kepada semua murid SKPM supaya berusaha dengan lebih rajin untuk mencapai cita-cita. Mereka juga memohon maaf kepada semua warga SKPM andai ada salah & silap dari segi tutur kata dan perbuatan.
Cikgu Muazam berpindah ke SK (1) Selayang mulai 1 Jun 2014 manakala Pn. Azizah pula ke SK Taman Putra Perdana sebagai Penolong Kanan Kokurikulum mulai 1 Mei 2014. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang telah dberikan terhadap sekolah ini. Semoga kalian berdua akan lebih sukses di masa depan.

 










Pada sebelah tengahari, satu majlis penyampaian cenderahati telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKPM. Cenderahati tersebut disampaikan oleh Pn. Aizah & Pn. Nora kepada En. Muazam, Pn. Azizah dan Ust. Helmi. Dalam majlis tersebut, warga SKPM telah mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke SKPM iaitu Pn. Habsah (Guru Besar), Pn. Rani (Ketua Kerani) & En. Saiful (Juruteknik Komputer). Selepas majlis tersebut, semua warga SKPM ke kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan.






Majlis bersurai pada jam 1.00 tengahari.
Laporan disediakan oleh Ibrahim bin Zainuddin.

No comments: