Friday, June 27, 2014

PROGRAM REKACIPTA BARANG TERPAKAI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH DI DAERAH SEPANG 2014




Pada 25 Jun 2014 (Rabu), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menyertai Program Rekacipta Barang Terpakai Peringkat Sekolah-Sekolah di Daerah Sepang bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi.Program ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama dengan PPD Sepang. Sebanyak 22 buah sekolah rendah dan menengah telah menyertai program ini.Ucapan tahniah kepada wakil murid dan guru pengiring yang telah menggembleng tenaga dalam merekacipta bahan terpakai kerana telah meraih tempat KETIGA dalam program ini. SK Pulau Meranti telah merekacipta "Lampu Hiasan Dwi-Tenaga Dan Multi-Fungsi" dan lampu hiasan berasaskan botol mineral.
SK Pulau Meranti meraih tempat Ketiga dan hadiah beserta trofi telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Sayuthi BIn Bakar (Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang).
Bergambar kenangan bersama Pn Guru Besar, Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad dan GPK Ko-Kurikulum, Pn. Nora Bt. Yusof.
Rekacipta 1: Lampu Hiasan Dwi-Tenaga dan Multi-Fungsi
Rekacipta 2: Lampu Hiasan berasaskan Botol Mineral.

Murid-murid dan Guru Pengiring SK Pulau Meranti, Puchong.

Hadiah- Hadiah yang dimenangi oleh Sk Pulau Meranti, Syabas diucapkan..

Laporan disediakan oleh: Pn. Yusnur Aida Binti Yusof.

No comments: