Monday, July 7, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-25

Tarikh: 7 Julai 2014
Masa: 7.45-8.15 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan

Guru bertugas:

1. Encik Ibrahim Bin Zainuddin
2. Puan Yusnur Aida Binti Yusof
3. Puan Nasibah Binti Sairi
4. Puan Marlina Binti Mat Zin

Laporan:

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
  • Bacaan doa oleh Muhammad Aliff Dzaqwan bin Hasniruddin
  •  Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh Nurzafirah binti Fairuz Zamer
  • Bacaan ikrar keselamatan jalanraya oleh Edlyn Abnesha a/p Santhakumaran
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Laporan guru bertugas pada minggu lepas: Encik Daud Bin Aris


  • Memberi peringatan tentang barang-barang terlarang yang tidak dibenarkan di bawa ke sekolah.
  • Ramai murid yang sakit pada minggu lepas dan murid-murid yang tidak sihat dinasihati agar tidak ke sekolah dan rehat di rumah dan pergi ke klinik untuk mendapat rawatan lanjut.
Ucapan oleh En. Daud Bin Aris.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini: Encik Ibrahim Bin Zainuddin


  • Tema: Menghargai Jasa  Guru
  • Maksud menghargai: menghormati, bersyukur
  •  Murid-murid dinasihati supaya sentiasa menunjukkan sikap hormat kepada guru.
  • Seramai 3 orang murid menyambut hari kelahiran pada minggu ini dan semua murid menyanyikan lagu “Allah selamatkan Kamu”.
  • En. Ibrahim juga mengumumkan kelas terbersih minggu lepas diraih oleh”
                    **Tahap 1 = 3 Gemilang
                    **Tahap 2 = 5 Gemilang
Ucapan Guru Bertugas minggu ini, En. Ibrahim Bin  Zainuddin
Nyanyian lagu Allah Selamatkan Kamu kepad murid-murid yang
menyambut hari kelahirannya sepangjang minggu ini.

Penyampaian bintang kelas terbersih minggu lepas oleh
 Pn. Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti)

4. Ucapan GPK Kokuriklum: Pn. Nora Binti Yusof

  • Puan Nora menyatakan bahawa terdapat banyak sampah sarap di dalam kelas akibat daripada tingkah laku murid yang suka mengoyakkan buku latihan mereka.
  • Kes buli di sekolah – Biasanya dilakukan oleh murid Tahap 2 ke atas murid Tahap 1 dan mangsa buli dinasihati berjumpa dengan guru disiplin ataupun bimbingan kaunseling untuk tindakan lanjut.
  • Pada waktu rehat Tahap 2 sangat bising sampai mengganggu perjalanan PdP murid Tahap 1.
Ucapan oleh Pn. Nora Binti Yusof,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pulau Meranti.

5. Perhimpunan bersurai pada jam 8.10 
dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.


Laporan disediakan oleh : Pn. Yusnur Aida Binti Yusof


No comments: