Tuesday, July 8, 2014

Peperiksaan Gerak Gempur 1 Tahun 6

Pulau Meranti, 8 Julai 2014 - Sempena Percubaan UPSR yang akan diadakan pada 21-24 Julai nanti, murid-murid Tahun 6 menghadapi Peperiksaan Gerak Gempur yang pertama hari ini. Murid-murid telah pun menduduki peperiksaan untuk kertas Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2, Matematik kertas 2 dan Bahasa Malaysia kertas 1. Pada hari esok, mereka akan menduduki peperiksaan kertas Matematik 1, Bahasa Malaysia kertas 2 dan Sains. Semoga semua murid-murid dapat memberikan tumpuan yang penuh serta menjawab dengan bersungguh-sungguh untuk peperiksaan ini.Guru-guru mendoakan agar murid-murid dapat meningkatkan pencapaian di dalam semua subjek.


Murid-murid menjawab soalan peperiksaan

No comments: