Tuesday, July 8, 2014

PROGRAM GURU PENYAYANG - MENYAMBUT KEDATANGAN MURID

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar di awal pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.
Murid bersalaman dengan Ustazah Nasibah

Cikgu Yusnur turut menyambut kehadiran murid
Selain daripada menyambut kehadiran murid program guru penyayang ini juga mengadakan aktiviti mentor mentee dan sambutan hari lahir murid.

No comments: