Thursday, July 24, 2014

Program Kasih Ramadhan 2014

24 Julai 2014 (Khamis)

       Alhamdulillah.Program Kasih Ramadhan 2014 telah berjaya dijalankan dalam suasana yang tenang dan harmoni pada hari ini bersamaan 26 Ramadhan  1435H . Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusnizan  Marzuki. Kemudian, diserikan  dengan ucapan Guru Besar yang dikasihi iaitu  Pn. Siti Habsah Bt Ahmad. Acara kemuncak pagi ini ialah pemberian derma dan sumbangan kepada murid-murid yatim dan yang memerlukan.
       Rasional program dianjurkan bagi membantu dan menggembirakan anak-anak  yatim sama ada mereka yang kehilangan emak ataupun ayah yang dikasihi serta murid-murid lain yang memerlukan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.Harapan pihak sekolah agar sumbangan dan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjaga sempena Aidilfitri.
      Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang memberikan sumbangan dan juga pihak-pihak lain yang telah bermurah hati.Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini.Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan tuan dan puan.Sekali lagi,Syukran Jazilan.Wassalam.











Disediakan oleh;
Unit Kebajikan SKPM 2014


No comments: