Sunday, August 31, 2014

Bengkel "TERAPI SEMULAJADI"

     Alhamdulillah selesai bengkel kita pada petang 26 Ogos 2014 yang betajuk "Terapi Semulajadi". Bengkel ini mendapat sambutan yang amat baik daripada guru- guru semua kerana bengkel ini dapat memberi maklumat yang penting dalam kehidupan seharian kita.
     Ribuan terima kasih diucapkan kepada En.Gopi kerana beliau banyak berkongsi ilmu terapi semulajadi ini dengan guru- guru semua. Semasa bengkel ini berlangsung banyak soal jawab yang diajukan kepada En.Gopi, ini menunjukkan guru- guru sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan.


      En.Gopi telah memberi pencerahan tentang cara menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan yang betul dan cara gaya hidup yang sihat.

Monday, August 25, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 32


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 32

Tarikh   :  25Ogos 2014
Masa      :  7.45 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas minggu ke - 32:
1. En Daud bin Aris
2. Pn Cheng Wai Leng
3. Pn Siti Juitah Binti Ibrahim
4. Ustazah Nordiana
5. Pn Norjaya Binti Sumaleh

Laporan :

1) Nyanyian, bacaan doa dan ikrarPengacara Majlis ialah Alif Rahimi.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.Bacaan doa oleh Mohd Alif Zaqwan.Bacaan Ikrar,  Rukun Negara & Ikrar murid oleh Abu Bakar.Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Mohd Aidil.

2) Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Siti Syamsiddar) Murid-murid dilarang untuk kejar-mengejar atau berebut-rebut untuk menaiki van sekolah selepas tamat sesi persekolahan.

3) Ucapan daripada guru bertugas En Daud Bin Aris mengenai sebarang masalah yang timbul boleh berhubung dengan guru bertugas dan sentiasa mematuhi arahan serta disiplin sekolah.

4) Perhimpunan ditamatkan awal untuk program mentor mentee.






Disediakan oleh:

DAUD BIN ARIS
Guru Bertugas

Thursday, August 21, 2014

PROGRAM BICARA AKADEMIK UPSR

Alhamdulilah, pada hari ini 21 Ogos 2014 telah berlangsung Program Bicara Akademik antara guru-guru dan ibu bapa murid Tahun 6 SK Pulau Meranti. Objektif program ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha membantu meningkatkan prestasi murid-murid. Selain itu diharap para ibu bapa dapat memberi perangsang dan dorongan kepada anak-anak yang akan menduduki UPSR.

Syabas dan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua ibu bapa  yang hadir untuk menjayakan program ini. Pihak sekolah begitu berharap agar kerjasama terjalin erat dalam menjamin kecemerlangan anak-anak Tahun 6 dan kegemilangan SKPM.








Wednesday, August 20, 2014

LATIHAN SUKAN BAHAGIAN 1 & 2

Bermula dari minggu lepas, setiap hari Rabu pada setiap minggu telah diadakan latihan sukan bagi setiap rumah sukan. Pada 13 Ogos lepas, setiap rumah sukan telah mengadakan latihan bagi acara sukaneka. Latihan ini telah disertai oleh murid-murid tahun 3 hingga tahun 6.
Acara Sukaneka yang dijalankan ialah :
Tahun 3 - membawa bola dengan kayu hoki
Tahun 4 - Membaling bola ke dalam bakul
Tahun 5 - Terompah Gergasi
Tahun 6 - Lari berpasangan dengan kaki diikat























Pada 20 Ogos pula, setiap rumah sukan telah menjalankan latihan bagi acara sukantara. Acara yang telah dijalankan ialah acara balapan, acara lompat jauh dan acara lontar peluru. Setiap murid dikehendaki melakukan setiap acara yang dijalankan. 1 markah akan disumbangkan oleh setiap murid yang berjaya mencapai had masa atau jarak yang telah ditetapkan.






































Laporan disediakan oleh ;
Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
Setiausaha KoKurikulum
SK Pulau Meranti

LADAP " Taklimat bahasa tubuh wanita yang boleh mengundang masalah dalam hidup"

Unit latihan dalam perkhidmatan sekolah telah menganjurkan sebuah taklimat yang bertajuk Bahasa Tubuh Wanita Yang Boleh Mengundang Masalah Dalam Hidup pada 19 Ogos 2014, jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Taklimat di sampaikan oleh Dr. Syed Daud Bin Abdul Rahiman pengasas RNP Empire Human Science consultant.

Beliau menerangkan bahawa wanita perlu mempelajari cara pergerakan tubuh yang betul agar wanita dapat mengekalkan ciri dan nilai wanita sebenar dan emosi dan pemikikan yang kusut yang tidak tenteram dan menganggu pasti akan mengancam diri.

Melalui taklimat ini, kita dapat pengetahuan untuk mengenalpasti punca masalah dan juga sedikit petua penyelesaian seperti bawang putih dan madu untuk mengurangkan kolesterol dan daun salari untuk mengurangkan uric acid.







Monday, August 18, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 31

Tarikh  :  18 Ogos 2014
Masa   :  7.45 hingga 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas minggu ke - 31:

1. En Gopi a/l Ranggaya
2. Pn Siti Syamsiddar binti Bagimin
3. Pn Siti Fadhilah binti Zahari
4. Pn Umi Sarah binti Mohd Nor

Laporan :

1) Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Pengacara Majlis ialah Norliyana.
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
  • Bacaan doa oleh Mohd Alif Zaqwan.
  • Bacaan Ikrar,  Rukun Negara & Ikrar murid oleh Syafiqah.
  • Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Mohd Aidil.


2) Laporan guru bertugas minggu lepas (En Yusnizan bin Marzuki)

  • Murid-murid dilarang untuk bermain kejar-mengejar selepas tamat sesi persekolahan.
  • Murid-murid juga dilarang untuk membuang sisa makanan dan bekas makanan ke merata-rata tempat.
  • Murid-murid juga disarankan supaya menjaga kebersihan diri terutamanya untuk menggunakan tandas.


3) Laporan Tugasan Mingguan
Majlis perhimpunan kali ini dipengerusikan  oleh wakil Persatuan Beruniform sekolah iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah dan dibimbing oleh guru yang bertugas. Ucapan untuk minggu ini dibacakan oleh Mashitah binti Mohd Sedik.

Tema minggu ini ialah menghormati guru, guru merupakan insan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana pengorbanan dan jasanya yang sangat besar terhadap murid-murid.  Guru juga menjadi agen perubahan tahap pendidikan dan akhlak murid-murid terutamanya diperingkat sekolah rendah. Justeru itu murid-murid wajib menghormati guru dengan memberi salam apabila berjumpa, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menziarahi guru walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai seorang guru.

4) Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
Di pengerusikan oleh En Yusnizan bin Marzuki.
Di rasmikan oleh En Azmin bin Mohd Atan.
Majlis ini dimulakan dengan persembahan oleh murid-murid yang mengambil bahagian menerusi acara sajak dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina.
Majlis diteruskan dengan persembahan 'Choral Speaking' yang bertemakan Hari kemerdekaan dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

Perhimpunan ini berakhir pada jam 8.30 pagi

Sungguh bersemangat guru-guru SK Pulau Meranti

Disediakan oleh :
Guru-guru bertugas mingguan.
Minggu ke 31

Friday, August 15, 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Bismillahirrahmaanirrahim......

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab pada kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis dimulai dengan Bacaan Yasin di Dataran Perhimpunan seawal jam 7.20 pagi. Seterusnya, semua murid diminta berkumpul di dewan untuk sama-sama menyaksikan Majlis Khatam Al-Quran  2014 peringkat sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki. Seramai 16 orang murid Tahun 6 yang telah khatam Al-Quran telah dipilih untuk menyertai majlis khatam pada kali ini. Ke semua mereka diarak ke dewan dengan diiringi oleh paluan kompang.  Naqib Khatam yang diamanahkan untuk membimbing para peserta ialah Ustaz Mohammad Helmi b Jumri. Setelah selesai bacaan khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam oleh Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada En Nordin b Mat Hussin dan En Yusnizan b Ahmad Marzuki di atas sumbangan yang telah diberikan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua pentadbir SKPM dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang  sempena pertandingan bulan panitia yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi. Semua warga SKPM dijemput ke kantin untuk  menikmati jamuan makan. Sekian.


Peserta Khatam berarak masuk ke dewan.


Barisan pentadbir SK Pulau Meranti.

Para peserta mempersembahkan bacaan Al-Quran. 

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada peserta
khatam. 

Pn Roshida menyampaikan cenderahati kepada Guru Besar.

Pn Nora menyampaikan hadiah kepada pemenang tulisan cantik
Tahap 1.
En Mohd Azmin menyampaikan hadiah kepada pemenang
imlak jawi Tahap 1

Murid beratur mengambil makanan setelah selesai majlis.



Tuesday, August 12, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 
MINGGU  KE 30

Tarikh      : 11 Ogos 2014
Masa       :  7.45 pagi - 8.20 pagi
Tempat    : Dataran Perhimpunan


Guru Bertugas :

  1. En Yusnizan b Ahmad Marzuki
  2. Pn Y Nuryati bt Abu Bakar
  3. Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan
  4. Pn Diana bt Yusof

Laporan :

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Pengacara Majlis ialah adik Alif Rahimi b Kamaruzzaman.
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan doa oleh adik Mohd Nabil b Mohd Johan.
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh adik Mohd Aniq.
  • Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh adik Mohd Haikal

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Pn Norsaliza ) :
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang dapat hadir ke sekolah hari ini.
  • Beliau memaklumkan bahawa tandas akan dikunci selepas rehat tahap 2, sekiranya murid tidak menjaga kebersihan tandas dengan sewajarnya.
  • Memandangkan musim perayaan, murid tidak dibenarkan membawa duit yang banyak ke sekolah untuk mengelakkan kehilangan berlaku.
  • Murid dilarang bermain-main dan berkejar-kejaran di jalan raya hadapan pagar sekolah untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Ini ( En Yusnizan ) :
  • Beliau memaklumkan nama guru yang bertugas pada minggu ini.
  • Tema pada minggu ini ialah " Adab Seorang Pelajar ".
  • Beliau menasihati murid agar sentiasa menghormati para guru untuk mendapat ilmu yang berkat.
  • En Yusnizan juga mengumumkan nama murid yang lahir antara 11 Ogos sehingga 17 Ogos untuk program sekolah penyayang.

4. Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Seni.
  • Pelancaran tersebut dipengerusikan oleh En Mohd Reza Feelaqiz b Shauri.
  • Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Seni, Pn Siti Juitah bt Ibrahim.
  • Dirasmikan oleh En Mohd Azmin b Atan

5. Anugerah Hadiah kepada murid Tahun 6 sempena Kem UPSR 
6. Pengumuman kelas terbersih.
  • Tahap 1 - Kelas 3C
  • Tahap 2 - Kelas 4G

Perhimpunan Rasmi Minggu ke -30 tamat pada jam 8.20 pagi. Sekian.

Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Seni, Pn Siti Juitah
sempena "Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Seni"



Perasmian Bulan Panitia Pendidikan Seni oleh PK Pentadbiran,
En Mohd Azmin b Atan.

Anugerah hadiah sempena " Kem UPSR Tahun 6"

Monday, August 11, 2014

Ujian Formatif 2 Tahun 2014

Ujian Formatif 2 bagi Tahun 2014 akan diadakan mulai 19 Ogos sehingga 21 Ogos iaitu bermula pada hari Selasa sehingga hari Khamis. Murid-murid Tahun 4 dan 5 akan menjalani Ujian Formatif 2 tersebut. Bagi murid Tahun 1, 2 dan 3, PdP akan dijalankan seperti biasa dan pentaksiran akan dijalankan semasa PdP. Manakala murid Tahun 6 akan menjalani program Gerak Gempur ke 2 pada tarikh tersebut.

Jadual Ujian Formatif 2 bagi murid Tahun 4 dan 5 adalah seperti berikut:

TARIKH
HARI
MATAPELAJARAN
MASA
19/8/2014
SELASA
BHS. MELAYU (PEMAHAMAN)
PEND. ISLAM / MORAL
BHS. MELAYU (PENULISAN)
50 min
60 min
75 min
8.00 – 8.50 pg
9.00 – 10.00 pg
11.15 – 12.30 tgh
20/8/2014
RABU
BHS. INGGERIS 1
BAHASA INGGERIS 2
SAINS
50 min
75 min
75 min
8.00 – 8.50 pg
9.00 – 10.15 pg
11.15 – 12.30 tgh
21/8/2014
KHAMIS
MATEMATIK 2
MATEMATIK 1
BAHASA ARAB
40 min
60 min
60 min
8.00 – 8.40 pg
9.00 – 10.00 pg
11.00 – 12.00 tgh

Untuk makluman, markah Ujian Formatif 2 tidak akan direkodkan ke dalam sistem SAPS kerana aplikasi tersebut tidak menyediakan ruangan perekodan markah Ujian Formatif 2.

Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan prestasi murid, tuan/puan boleh berhubung dengan guru matapelajaran masing-masing.

~ Selamat mengulangkaji dan menghadapi Ujian Formatif 2~
GOOD LUCK !

Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2014

Pulau Meranti, 11 Ogos 2014 - Alhamdulillah satu program kemuncak dalam usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid-murid SKPM dalam UPSR telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman Pulau Meranti diatas kerjasama yang diberikan.

Program ini telah berlangsung pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 54 orang murid telah menghadiri program tersebut. Semua murid telah melibatkan diri dalam semua aktiviti mengikut matapelajaran dengan jayanya.

Disamping itu program ini juga dapat mencungkil bakat kepimpinan, memupuk semangat bekerjasama, tolong menolong dan setia kawan dalam setiap aktiviti kumpulan.

Ucapan syabas dan tahniah kepada semua guru yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus serta berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan program ini. Terima kasih cikgu!



Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan masing-masing

Sunday, August 10, 2014

Jamuan Raya 2014



Jamuan Raya 2014

       Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah SKPM telah diadakan pada hari ini,8 Ogos 2014 dalam suasana yang begitu meriah.Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin beramai-ramai dan diterajui  oleh Ustaz Helmi.



Usai bacaan Yassin,murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing agar guru kelas dapat mengambil kedatangan murid.Selepas itu, semua murid bersama guru masing-masing mengemas kelas ataupun tempat yang telah ditetapkan untuk menikmati jamuan Hari Raya .Tepat jam 9 pagi,jamuan hari raya dan rumah terbuka mengikut aliran pun bermula.Setiap aliran mempunyai kepelbagaian juadah yang menarik.Tidak ketinggalan barisan pentadbir dan staf turut menyediakan pelbagai makanan yang enak-enak belaka.