Sunday, August 10, 2014

Jamuan Raya 2014



Jamuan Raya 2014

       Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah SKPM telah diadakan pada hari ini,8 Ogos 2014 dalam suasana yang begitu meriah.Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin beramai-ramai dan diterajui  oleh Ustaz Helmi.



Usai bacaan Yassin,murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing agar guru kelas dapat mengambil kedatangan murid.Selepas itu, semua murid bersama guru masing-masing mengemas kelas ataupun tempat yang telah ditetapkan untuk menikmati jamuan Hari Raya .Tepat jam 9 pagi,jamuan hari raya dan rumah terbuka mengikut aliran pun bermula.Setiap aliran mempunyai kepelbagaian juadah yang menarik.Tidak ketinggalan barisan pentadbir dan staf turut menyediakan pelbagai makanan yang enak-enak belaka.





     
        Guru-guru dan murid berpeluang mengunjungi rumah terbuka kelas yang lain serta beramah mesra.Majlis seumpama ini sesungguhnya dapat mengeratkan ukhwah warga sekolah Pulau Meranti.
         Selepas rehat tahap 2,guru dan murid mengemas kelas semula seperti biasa untuk persediaan P dan P.Tepat jam 12 05 tengah hari,murid-murid pulang ke rumah seperti biasa.Pastinya terpahat kenangan indah bagi mereka pada tahun ini.Salam lebaran dan moga berjumpa lagi di tahun hadapan.Wassalam.

No comments: