Monday, August 4, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE -29

Tarikh     : 4 Ogos 2014


Masa       : 7.45-8.15 pagi

Tempat   : Tapak perhimpunan



Guru bertugas:
1. Pn. Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi
2. Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy
3. Pn. Salinda Bt Kadri
4. Pn. Norsaliza Bt Abd Ghani






Laporan:


1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Pengacara Majlis ialah Alif Rahimi
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
  • Bacaan doa 
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid
  • Bacaan ikrar keselamatan jalanraya 









2.  Laporan Bertugas Guru Minggu Lepas
  • Pn. Hayati mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid setelah seminggu bercuti berhari raya
  • Beliau mengingatkan murid-murid tahun 6 agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September yang akan datang











3. Laporan Guru Bertugas Mingguan

  • Pn. Salinda memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini
  • Tema pada minggu ini ialah hidup harmoni
  • Hidup harmoni ialah hidup dalam keadaan  bahagia ,aman dan damai
  • Antara cara untuk mengekalkan keharmonian ialah mengamalkan nilai-nilai murni 
  • Seterusnya diteruskan dengan pengumuman kelas terbersih bagi tahap 1 dan tahap 2.Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Gemilang dan tahap 2 dimenangi oleh kelas 5 Gemilang.
4. Ucapan Guru Disiplin (En. Daud Bin Aris)
  • Beliau  mengingatkan murid-murid supaya tidak membawa (mercun/bunga api) ke sekolah kerana ia amat bahaya dan bahan larangan
  • Murid-murid juga dinasihati supaya datang awal ke sekolah dan tidak lewat
  • Selain itu,murid-murid perlu menjaga kebersihan diri terutamanya murid lelaki haruslah berambut pendek
5. Ucapan Pen. Kanan HEM (Pn. Nuraizah Bt Dun)
  • Beliau mengingatkan murid-murid supaya menjaga kebersihan diri dari segi pemakaian dan kekemasan diri contoh kuku tidak dibenarkan simpan panjang
  • Kebersihan kelas juga haruslah dijaga
  • Pada bulan puasa yang lalu,terdapat  kelas yang tidak menjaga kebersihan  dengan membuang kertas terpakai ataupun kertas yang dikoyak daripada buku latihan di atas lantai hinggalah ke luar bilik darjah
  • Kebersihan kantin juga haruslah dijaga dengan membuang bekas atau plastik makanan ke dalam tong sampah yang disediakan
  • Tandas juga haruslah dititikberatkan soal kebersihannya.Lebih-lebih lagi,tandas murid lelaki yang keadaannya amat tidak memuaskan
  • Akhir sekali,murid-murid diminta bersedia dan mula mengulangkaji pelajaran kerana ujian formatif 2 akan dijalankan pada minggu hadapan
*Perhimpunan rasmi tamat jam 8.10 pagi .Sementara itu, murid-murid tahun 6 diminta berkumpul untuk satu taklimat  ringkas bersama dengan guru besar,Pn. Siti Habsah Ahmad.


Sekian.
Disediakan oleh;
Kumpulan Minggu 28


No comments: