Friday, August 15, 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Bismillahirrahmaanirrahim......

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab pada kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis dimulai dengan Bacaan Yasin di Dataran Perhimpunan seawal jam 7.20 pagi. Seterusnya, semua murid diminta berkumpul di dewan untuk sama-sama menyaksikan Majlis Khatam Al-Quran  2014 peringkat sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki. Seramai 16 orang murid Tahun 6 yang telah khatam Al-Quran telah dipilih untuk menyertai majlis khatam pada kali ini. Ke semua mereka diarak ke dewan dengan diiringi oleh paluan kompang.  Naqib Khatam yang diamanahkan untuk membimbing para peserta ialah Ustaz Mohammad Helmi b Jumri. Setelah selesai bacaan khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam oleh Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada En Nordin b Mat Hussin dan En Yusnizan b Ahmad Marzuki di atas sumbangan yang telah diberikan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua pentadbir SKPM dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang  sempena pertandingan bulan panitia yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi. Semua warga SKPM dijemput ke kantin untuk  menikmati jamuan makan. Sekian.


Peserta Khatam berarak masuk ke dewan.


Barisan pentadbir SK Pulau Meranti.

Para peserta mempersembahkan bacaan Al-Quran. 

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada peserta
khatam. 

Pn Roshida menyampaikan cenderahati kepada Guru Besar.

Pn Nora menyampaikan hadiah kepada pemenang tulisan cantik
Tahap 1.
En Mohd Azmin menyampaikan hadiah kepada pemenang
imlak jawi Tahap 1

Murid beratur mengambil makanan setelah selesai majlis.



No comments: