Tuesday, September 30, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 36 (2014)

Tarikh  : 29 September 2014
Masa     : 7.30 – 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan 

Guru Bertugas:
1)      En. Nordin bin Mat Hussin
2)      Pn. Che Mariah bt Ngah
3)      Pn. Suriatie bt Che Lah
4)      Pn. Nurhafizah bt Udin 

Aktiviti
Pengerus Majlis        : Norliyana bt Kamaruzaman (6 Gemilang)
Nyanyian                   : Lagu Negaraku                                     
                                     Lagu Negeri Selangor                                     
                                     Lagu Sekolah 

Bacaan Doa             : Ahmad Haikal Aiman bin Abd Hadi (4 Gemilang)
Ikrar Rukun Negara, Sekolah & Keselamatan Jalan Raya                               
                                : Farah Wahida (5G), Muhd Aniq (3G) & Muhd Nabil (4G)
                           
Ucapan  Guru Bertugas
Tema  : Sayangi Keluarga    
  -  Disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin    
  -  Memaklumkan guru yang bertugas   
  -  Guru menasihati supaya semua murid menghargai pengorbanan ibu bapa    
  -  Murid diingatkan pada hari Selasa (30/9/2014), murid Tahun 1 hingga Tahun 5 direhatkan sempena UPSR.    
  -  Murid Tahun 1 dan 2 akan mengikuti latihan sukaneka sempena Sukan Sekolah pada hari Rabu (1/10/2014). Murid diingatkan untuk memakai pakaian sukan.

 Disiplin Murid             : Baik dan terkawal

Hal-hal Lain
Penghargaan & ganjaran
1)      Penyampaian Bintang untuk Kelas Terbersih Mingguan          
          - Tahap 1: Tahun 2 Gemilang          
          - Tahap 2: Tahun 5 Cemerlang        
2)   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas        
       -  Disampaikan oleh Pn. Hayati binti Kamis         
       -  Murid diingatkan supaya tidak berlari semasa waktu rehat.         
       -  Murid perlu memakai kad kebenaran keluar kelas jika ingin keluar semasa waktu PdP.         
       -  Hanya Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas yang dibenarkan untuk keluar mencari guru yang sepatutnya masuk ke kelas. 

Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 7.45 pagi kerana murid-murid perlu mengikuti program Mentor Mentee bersama Guru Kelas.

PROGRAM MENTOR MENTEE

Pada 29 september 2014, Unit bimbingan dan kaunseling SKPM telah melaksanakan Program Mentor Mentee yang ke 8. Program ini akan dilaksanakan pada hari Isnin, minggu terakhir setiap bulan. Tujuan melaksanakan program ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SKPM dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran serta membimbing murid dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.





Tuesday, September 23, 2014

UPSR Yang Tertangguh ~ Perjuangan Belum Selesai



Tarikh baru yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi Kertas Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik adalah seperti berikut :


  • Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 :   30 September 2014
  • Sains 018                                      :   30 September 2014
  • Matematik 015/1                          :    9 Oktober 2014

Semoga murid-murid terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Diharapkan agar semua ibu bapa dapat memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak untuk menghadapi ujian kali ini.

~ Terus berusaha muridku... ~

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke 35

Tarikh  : 22 September 2014
Masa    : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Tema    : Menghormati Guru

Guru Bertugas :
1) En. Mohamad helmi Bin Jumri
2) En. Mohd Taufik Bin A Rahman
3) Pn. Hayati Bt Kamis
4) Pn. Mazlinda Bt Ismail
5) Cik Rubiaton Bt Ibrahim

Laporan:
  • Pengerusi Majlis    : Norhaliza Bt Samsul (5Gemilang) 
  • Bacaan Doa           : Ahmad Haiqal (4 Gemilang)
  • Ikrar Rukunegara  : Mohd Syamil Hafiz (5 Gemilang)
  • Ikrar Sekolah         : Farah Wahida (5Gemilang)
  • Ikrar Jalanraya       : Aidil Izham (5 Gemilang)    
Barisan Pengawas Sekolah Yang Bertugas


- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Bacaan Doa
- Ikrar  



Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas

- Disampaikan oleh Encik Mohd Riza Feelaqaiz Bin Shauri.
- Menasihati murid supaya tidak keluar /masuk kelas semasa pertukaran guru.
- Menjaga disiplin dan mematuhi peraturan sepanjang berada dalam kawasan sekolah.

Ucapan Guru Bertugas Mingguan

- Disampaikan oleh Encik Mohamad Helmi Bin Jumri.
- Mengulas tentang tema pada minggu ini iaitu menghormati guru.

Penyampaian Hadiah 

      1) Pertandingan Dapur Cilik

Alyssa Sophia dan Nur Alia Natasha- Peserta Dapur Cilik


          - Berjaya ke peringkat separuh akhir.
          - Disertai oleh Allisa Sophya Bt Roslan (5 Gemilang) dan Nur Alia Natasha Bt Narzari (5                     Cemerlang)
          - Setiap peserta berjaya membawa pulang pengisar makanan dan wang RM 150.

      2) Pertandingan Tarian (RIMUP Peringkat Kebangsaan)

Mohd Syahmi Zaini - Johan Tarian

           - Hadiah disampaikan kepada Mohd Syahmi Bin Zaini kerana Johan di peringkat kebangsaan.

Ucapan Guru Disiplin 

- Disampaikan oleh Encik Daud Bin Aris.
- Menasihati murid-murid supaya tidak bermain-main di kelas 5G, 5C, 3G dan 3C sewaktu rehat bagi    mengelak daripada berlaku kecurian.
- Mengingatkan murid-murid supaya tidak membawa barang mainan ke sekolah.
- Menasihati murid-murid Tahun 6 supaya terus mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan UPSR 
  belum selesai. 

Ucapan GPK Kurikulum (Encik Mohd Azmi Bin Atan)

- Mengingatkan murid-murid tentang Peperiksaan Akhir Tahun yang akan bermula pada 14 Oktober 
  2014.

- Menasihati murid-murid supaya memberi fokus terhadap pembelajaran walaupun sibuk dengan    
  latihan rumah sukan.

Majlis perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.

Saturday, September 13, 2014

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN RIMUP PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Kontijen Selangor, Johan Keseluruhan RIMUP 2014
Tanggal 11 September 2014 telah mengukir satu lagi sejarah manis buat seluruh warga SKPM di mana pasukan tarian RIMUP negeri Selangor yang dianggotai 4 buah sekolah dari Selangor termasuk SK Pulau Meranti telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan tarian RIMUP peringkat kebangsaan 2014 yang telah diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini. Muhd Syahmi Bin Zaini dari tahun 5 Gemilang merupakan salah seorang peserta dari SKPM yang telah menyertai petandingan tersebut. Umumnya program RIMUP adalah sebuah program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerapkan nilai perpaduan berbilang kaum di Malaysia. Pertandingan tarian ini juga julung kalinya diadakan dan telah mendapat sambutan yang baik dari seluruh negeri di Malaysia. Diharapakan kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak didik SK Pulau Meranti dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan melahirkan insan-insan mampu bersaing dan mempunyai kualiti yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti.


Muhd Syahmi Zaini dengan trofi kemenangan
Cikgu Reza merupakan pembantu jurulatih
bagi kontijen Selangor
dan dibantu oleh Zamri B. zainal Abidin





Friday, September 12, 2014

MAJLIS PERPISAHAN KETUA PEMBANTU TADBIR

12.9.2014/JUMAAT

Majlis perpisahan buat Pn Rani Rasip (Pembantu Tadbir) telah diadakan pada tengah hari ini. Beliau akan memulakan tugas di SK Batang Kali mulai Isnin 15 September 2014. Pn Rani telah bertugas di mulai 1 Jun 2014 hingga 12 September 2014.  Kami warga kerja SKPM mengucapkan selamat maju jaya.


Photo

Photo


Photo



Thursday, September 11, 2014

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA 2014

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal 2-2014 akan bermula pada
 13 September hingga 21 September 2014.  
Diingatkan kepada semua murid supaya menjaga kesihatan dan keselamatan panjang cuti ini agar dapat kembali ke sekolah semula pada 22 September nanti. Buat murid-murid tahun 6 yang akan menduduki PSRA dan UPSR (kertas Sains dan Bahasa Inggeris) jangan lupa mengulangkaji pelajaran. 



Penuhilah cuti sekolah ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Tuesday, September 9, 2014

Majlis Restu Ilmu 2014

Bersyukur ke hadrat Illahi. Satu lagi majlis di bawah Program Kecemerlangan UPSR telah berjaya disempurnakan. Majlis restu ilmu yang sayu serta dibasahi dengan tangisan murid-murid dan guru-guru telah dilangsungkan pada jam 8.15  ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Helmi bin Jumri. YDP PIBG Tuan Hj. Mahzan bin Tamyiz turut hadir untuk memberikan semangat kepada murid-murid tahun 6. Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah mendapat 5A dan 4A 1B juga telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mahzan. Majlis seterusnya diteruskan dengan puisi yang telah menyentuh hati anak-anak murid tahun 6. Puisi telah disampaikan oleh Ustazah Ainul yang juga pengerusi majlis unruk program ini. Perasaan hiba dan sayu menyelubungi suasana pada ketika itu berlarutan hingga ke acara bersalaman bersama guru-guru. Murid-murid menitiskan air mata keinsafan.  Guru-guru juga menitiskan air mata melepaskan anak-anak murid yang disayangi untuk berjuang di dewan peperiksaan pada esok hari. Pihak sekolah dan guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid dalam UPSR. Kepada murid-murid tahun 6 yang disayangi, jangan sia-siakan segala usaha guru-guru dan harapan ibu bapa.











Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 34

Tarikh   :  8 September 2014
Masa    :  7.45 hingga 8.15 pagi
Tempat :  Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas minggu ke - 34:
1. Pn. Noni Bt Said
2. Pn. Roshida Bt Nayan
3. Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
4. Pn. Rose Helina Bt Jedin

Laporan :

1) Nyanyian, bacaan doa dan ikrar. Pengacara Majlis ialah Alif Rahimi.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.Bacaan doa oleh Abu Bakar As Sidiq B Mohd Mahzan. Bacaan Ikrar,  Rukun Negara & Ikrar murid oleh Nur Aleya Haziqah dan Mohd Aniq. Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Mohd Aidil.

2) Laporan guru bertugas minggu lepas (En. Ibrahim). Murid-murid dilarang untuk kejar-mengejar atau berlari-lari di pintu pagar sekolah untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan.


3) Ucapan daripada guru bertugas Pn. Noni mengenai maklumat tahun 1, 2 dan 3 yang direhatkan sempena peperiksaan UPSR. Murid-murid khususnya tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ini juga diingatkan supaya menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri masing-masing.

4) Ucapan daripada pihak pentadbir diberi oleh Pn Nora Bt Yusof yang turut menekankan tentang keselamatan & kesihatan diri murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan UPSR.

5) Perhimpunan ditamatkan awal untuk program Restu Ilmu.




























Laporan Disediakan Oleh :
Saliza Binti Ahmad Salleh

Monday, September 8, 2014

PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS 2.0 (LITERASI-BM, LITERASI-BI, NUMERASI-MT) DAERAH SEPANG TAHUN 2014


Disediakan oleh:
PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS 2.0 BAGI TAHUN 2014

Taklimat Saringan 2 Linus 2.0 telah diadakan pada 8 September 2014 pada jam 1.35 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SK Pulau Meranti. Taklimat ini telah dihadiri oleh semua guru LINUS dan termasuk para pentadbir.  Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Linus iaitu Pn. Yusnur Aida Bt. Yusof  dan dibantu oleh Pn. Saliza Bt. Ahmad Salleh dan Pn. Cheng Wai Ling. Semasa taklimat,  perkara-perkara seperti tarikh perlaksaan saringan, kaedah pelaksanaan saringan, instrumen, ralat dan peringatan daripada fasilinus telah disampaikan dengan baik. Semua guru Linus telah diberikan instrumen dan maklumat yang lengkap sebagaimana maklumat yang diperolehi daripada fasilinus PPD Sepang.








Laporan disediakan oleh:
PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

Pertandingan "CABARAN DAPUR CILIK HALFEST 2014"

HALFEST sememangnya amat dinantikan penuh kemeriahan dangan pelbagai aktiviti-aktiviti yang meriah! Penampilan selebriti terkenal, demontrasi dan pertandingan memasak, kuiz dan permainan untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti menarik menjanjikan keseronokkan khusus untuk seisi keluarga. Selain itu, HALFEST menyediakan platform untuk membincangkan kebimbangan tentang integriti produk-produk Halal dalam minda semua pengguna.

Pertandingan “Cabaran Dapur Cilik HALFEST 2014” telah diadakan pada 3 hingga 7 September 2014 di Pusat Pameran MINRS (MIECC), Sri Kembangan. Terdapat 48 buah sekolah telah menyertai pertandingan “Cabaran Dapur Cilik HALFEST 2014” dan SK Pulau Meranti merupakan salah sebuah sekolah yang menyahut cabaran itu. SK Pulau Meranti telah menghantar dua kumpulan chef cilik untuk menyertainya. Tetapi hanya satu kumpulan sahaja yang melepasi saringan yang pertama dan layak ke suku akhir. Walaupun pasukan dapur cilik ini terkandas di suku akhir, chef cilik SK Pulau Meranti telah menunjukkan kebolehan dan kreativiti mereka di dalam bidang masakan. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan dapur cilik iaitu Alyysa Sofia, Nurul Aliya Natasha, Allysa Siti Salina dan Nur Erina Natasha serta guru-guru pengiring iaitu Pn. Sainda Binti Kadri dan Pn. Yusnur Aida Binti Yusof di atas usaha dan keringat yang telah dicurahkan serta tidak lupa juga kepada para pentadbir, guru-guru, staff dan murid-murid SK Pulau Meranti yang senantiasa menyokong dan memberi idea-idea sepanjang pertandingan ini berlangsung. Insyaallah, kita cuba lagi tahun hapadan. 
Sesi taklimat sebelum pertandingan bermula.

Pasukan 1 dapur cilik SK Pulau Meranti.

Pasukan 2 dapur cilik SK Pulau Meranti.

Aksi Nurul Aliya ketika pertandingan.


Antara menu-menu yang disediakan.

Memori bersama Pn. Yusnur Aida, Pn. Salinda, Alyysa Sofia dan Nurul Aliya.

Laporan disediakan oleh:
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof & Pn. Salinda Binti Kadri