Monday, September 1, 2014

KONVENSYEN PENDIDIKAN KENEGARAAN KEBANGSAAN 2014

konvensyen Pendidikan Kenegaraan Kebangsaan 2014  telah berlangsung dengan gilang gemilang pada 29 Ogos 2014 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berteraskan tema "Membangun Generasi Pembina Negara" telah mengukir sejarah bagi Institut Aminuddin Baki dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberi suntikan fenomena yang berpaksikan kepada perpaduan negara dalam meniti era wawasan 2020.  Selaras dengan pelancaran tersebut, pasukan tarian Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan yang disaksikan oleh tetamu jemputan khas dan pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negeri. Rampaian tarian rakyat telah dipilih sendiri oleh pihak IAB dan JPN sebagai persembahan pembukaan kerana ianya bertepatan dengan tema kenegaraan dan ianya sangat bersesuaian dengan program ini. respon yang sangat positif dari KPM, JPN dan IAB adalah sesuatu yang perlu dibanggakan dan diharapkan SKPM akan terus menjadi sebutan dan dapat mengekalkan reputasi yang baik di arena pendidikan

Persembahan Rampaian Tarian Rakyat
Persembahan Galang Maya
Galang Maya
warga kerja KPM, IAB, JPN dan SKPM

Pembukaan Persembahan


No comments: