Tuesday, September 9, 2014

Majlis Restu Ilmu 2014

Bersyukur ke hadrat Illahi. Satu lagi majlis di bawah Program Kecemerlangan UPSR telah berjaya disempurnakan. Majlis restu ilmu yang sayu serta dibasahi dengan tangisan murid-murid dan guru-guru telah dilangsungkan pada jam 8.15  ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Helmi bin Jumri. YDP PIBG Tuan Hj. Mahzan bin Tamyiz turut hadir untuk memberikan semangat kepada murid-murid tahun 6. Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah mendapat 5A dan 4A 1B juga telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mahzan. Majlis seterusnya diteruskan dengan puisi yang telah menyentuh hati anak-anak murid tahun 6. Puisi telah disampaikan oleh Ustazah Ainul yang juga pengerusi majlis unruk program ini. Perasaan hiba dan sayu menyelubungi suasana pada ketika itu berlarutan hingga ke acara bersalaman bersama guru-guru. Murid-murid menitiskan air mata keinsafan.  Guru-guru juga menitiskan air mata melepaskan anak-anak murid yang disayangi untuk berjuang di dewan peperiksaan pada esok hari. Pihak sekolah dan guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid dalam UPSR. Kepada murid-murid tahun 6 yang disayangi, jangan sia-siakan segala usaha guru-guru dan harapan ibu bapa.











Post a Comment