Friday, October 24, 2014

Pasca UPSR 2014

Program Pasca UPSR telah pun bermula sejak hari Isnin lagi. Guru-guru tahun 6 telah menyusun pelbagai aktiviti menarik untuk murid-murid. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah jahitan, kraft, rekacipta, masakan serta aktiviti mengikut matapelajaran.

Hari ini dan semalam murid-murid telah menjalani aktiviti permainan bola sepak serta bola jaring pada sebelah pagi. Selepas rehat pula, mereka membuat kraft 'felt' dimana guru-guru menyelitkan pengajaran asas jahitan. Murid-murid dibahgikan kepada 5 kumpulan dan diberikan bahan-bahan seperti kain 'felt', jarum, benang, gam dan gunting. Pn. Nurhafizah telah memberikan penerangan serta contoh kraft yang dihasilkan. Alhamdulillah, murid telah dapat menghasilkan penanda buku yang menarik. Murid-murid tidak kira lelaki atau perempuan menunjukkan minat serta respon yang baik terhadap aktiviti. Kraft yang telah dihasilkan mereka juga telah habis dijual kepada murid-murid lain pada hari ini.

Pada murid-murid yang tidak hadir, amatlah rugi. Inilah masa untuk mereka mempelajari dan mengasah kemahiran asas hidup serta keusahawanan untuk mereka gunakan pada masa akan datang. Harapan guru-guru agar murid-murid dapat meneruskan kemahiran yang mereka dapat ini. Bukan itu sahaja, guru-guru juga berharap agar Program Pasca UPSR ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan buat murid-murid yang tersayang.



Perlawanan bola jaring yang dipantau oleh guru-guru Tahun 6
Hasil tangan murid dalam kumpulan

Kreatif menghasilkan penanda buku yang menarik

Murid menggunakan bahan sendiri untuk membuat penanda buku lebih menarik

Adly Fahmy menunjukkan hasil kraft kumpulannya

Hasil kraft murid 6C

Penanda buku berbentuk kamera 'Instagram' yang menarik

Murid-murid gigih menghasilkan kraft



Murid-murid menjual hasil kraft mereka

Kumpulan yang paling banyak mendapat 'income' hari ini

Murid-murid tahap 1 tertarik dengan hasil kraft kakak-kakak dan abang-abang tahun 6

Berjaya mendapat 'customer'

Murid-murid tahun 1 melihat gelagat Basrah menjual penanda buku 

Satu-satunya kumpulan yang mempamerkan tanda harga


No comments: