Sunday, November 23, 2014

CERAMAH KEROHANIAN DAN MOTIVASI DIRI

Pada 19 November 2014, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama jawatankuasa guru-guru tahun enam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Ceramah Kerohanian dan Motivasi Diri. Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2.

Program yang berlangsung selama 3 jam telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Che' Lah, seorang penceramah dan ahli motivator. Pengisian yang telah disampaikan oleh penceramah amat menyentuh hati dan perasaan murid-murid.

Semoga program ceramah ini dapat memberikan kesedaran kerohanian dan motivasi diri untuk maju dimasa akan datang khususnya murid tahun enam dan umumnya kepada murid-murid tahun 4 dan 5.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program motivasi kerohanian ini. Semoga berjumpa ditahun hadapan. Insha Allah...

Ustaz Mohd Fadzil bin Che' Lah sedang memberikan ceramah kerohanian dan motivasi diri kepada murid-murid.
Pengisian yang dibawa berjaya menyentuh hati dan perasaan murid-murid.

Sebahagian murid-murid perempuan yang kelihatan menangis tatkala penceramah menyentuh mengenai
pengorbanan ibu dan ayah.

Rumusan akhir dan amanat yang disampaikan oleh penceramah.

Murid-murid sedang bermuhasabah dan berjanji dengan ikrar yang dilafazkan.

Post a Comment