Monday, November 10, 2014

CERAMAH PRA REMAJA

Pada 5 November 2014 Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah melaksanakan program "Ceramah Pra Remaja" untuk murid tahun 5 dan 6. Pegawai LPPKN telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Murid lelaki dan perempuan telah diasingkan dan Pn Siti Mazlinda pegawai LPPKN telah memberikan ceramah untuk murid perempuan manakala En. Halim pegawai LPPKN memberikan ceramah untuk murid lelaki.

Tujuan program ini adalah supaya murid memahami perubahan yang sedang mereka alami dari segi fizikal dan emosi. Mereka juga diterangkan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri terutama murid perempuan.




Post a Comment