Saturday, November 22, 2014

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2015


SK Pulau Meranti, 22 November 2014 – Hari Orientasi Tahun 1 yang telah diadakan pada hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 100 orang murid Tahun 1 2015 telah hadir pada hari ini dan mereka dibahagikan kepada 3 kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik.

Sesi pendaftaran dan penyerahan buku teks telah diadakan seawal jam 7.30 pagi. Murid-murid kemudiannya berkumpul di tapak perhimpunan sebelum dibawa ke kelas untuk menduduki Ujian Diagnostik.

Ibu bapa / penjaga seterusnya berkumpul di Dewan SKPM untuk mendengar taklimat ringkas daripada Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Seterusnya, taklimat disiplin dan peraturan sekolah disampaikan oleh En. Daud bin Aris selaku guru disiplin SKPM. Taklimat berkaitan PBS dan transisi telah disampaikan oleh En. Mohd Azmin bin Atan, GPK Kurikulum SKPM.

Ibu bapa juga turut diberi taklimat berkaitan VLE Frog yang disampaikan oleh Cik Fatin Ainaa bt Ahmad Faudzi, pegawai dari YTL Network. Sementara itu, murid-murid Tahun 1 telah dibawa untuk mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah.

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

Diucapkan Selamat datang kepada semua warga baru SKPM!
 
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, Taklimat Guru Besar,
Guru Disiplin, GPK Kurikulum

  
Sesi pendaftaran & penyerahan buku teks
Sesi pendaftaran & penyerahan buku teks
 
 
Murid bersedia untuk masuk ke kelas


Murid sedang menduduki Ujian Diagnostik


Murid sedang menduduki Ujian Diagnostik
  
Taklimat VLE Frog

 
 

No comments: