Wednesday, November 19, 2014

KARNIVAL GIMNASTIK ASAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Karnival Gimnastik Asas Peringkat Kebangsaan 2014 telah diadakan di Dewan Seri Cemara, SK Putrajaya Presint 8(2) pada 18 November 2014 (Selasa). Karnival Gimnastik Asas merupakan program yang dijalankan sebagai salah satu cara untuk menggalakkan semua murid Prasekolah dan murid Tahap 1 lebih yakin diri serta berlatih dalam bidang gimnastik dan sebagai satu disiplin pendidikan yang dapat memberi sumbangan secara langsung kepada proses pembangunan modal insan dan prestasi individu. Objektifnya adalah untuk mendedahkan murid dengan aktiviti dan skil gimnastik asas dan menyemai nilai sihat dalam diri setiap individu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Kyndergym SK Pulau Meranti telah merangkul tempat ketiga dalam kategori B (Tahap 1) dan tempat kelima dalam kategori A (Prasekolah). Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam karnival ini dan sokongan daripada warga SK Pulau Meranti. Rentetan daripada itu, disertakan foto-foto kenangan ketika karnival ini berlangsung.
Anak-anak Kyndergym menerima pingat daripada Puan Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar).

Tahniah kepada Afiq Danish.

Ucapan tahniah kepad Nur Isma Aliya.

Bergambar kenangan bersama anak-anak Kyndergym.

Disini memori tercipta.

Terima kasih atas semangat juang anak-anak Kyndergym.
Pembentukan piramid oleh anak-anak Kyndergym.

Tempat Ketiga bagi Tahap 1.




Laporan disediakan oleh:
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

No comments: