Thursday, November 13, 2014

KEM KEPIMPINAN ORGANISASI KELAB DAN PERSATUAN

Tarikh : 29/11/2014
Tempat: Dewan SK Pulau Meranti

Seramai 102 orang murid telah mengikuti Kem Kepimpinan Organisasi Kelab dan Persatuan di Dewan SK Pulau Meranti.

Kem ini memberi pendedahan kepada murid cara menguruskan organisasi dengan betul dan mengetahui peranan setiap ahli jawatankuasa.
Semua peserta kem diberi maklumat mengenai fungsi dan tugas setiap jawatankuasa dalam organisasi supaya setiap murid yang dilantik memegang jawatan dalam kelab atau persatuan memahaminya.

Peserta kem juga dilatih cara penulisan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam kelab atau persatuan masing-masing.




No comments: