Monday, November 3, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-41

Guru Bertugas :
1) En. Ibrahim Bin Zainuddin
2) Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
3) Pn. Nasibah Binti Sairi
4) Pn. Marlina Binti Mat Zin


Laporan:
  • Pengerusi Majlis    : Norliyana (6 Gemilang) 
  • Bacaan Doa          : Aliff Dzaqwan (6 Gemilang)
  • Ikrar Rukunegara  : Zafirah (6 Gemilang)
  • Ikrar Sekolah        : Alissa Aisyah (6 Gemilang)
  • Ikrar Jalanraya      : Siti Norhidayah (6 Gemilang)    
Pengerusi Majlis pada hari ini.

- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Bacaan Doa
- Ikrar  


Ucapan Guru Bertugas Mingguan


  • Disampaikan oleh Encik Ibrahim Bin Zainuddin.
  • Mengulas tentang tema pada minggu ini iaitu amalan berterima kasih.
  • Murid perlu bersikap rendah diri dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah memberikan   pertolongan.
  • Ia adalah sebagai tanda menghargai orang yang telah membantu kita.
  • Ia juga merupakan salah satu amalan  dan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan pada diri setiap murid.


En. Ibrahim adalah salah seorang guru bertugas mingguan ke-41.


Ucapan GPK Kokurikulum (Pn. Nora Binti Yusof)


  • Menwar-warkan "Kejohanan Badminton Bakat Muda" yang dianjurkan oleh JKK Pulau Meranti.
  • Kejohanan ini akan berlangsung pada 30 November 2014 (Ahad) bertempat di KSL Sport, Puchong.
  • Terdapat 6 Kategori (Lelaki dan Perempuan) dan untuk penyertaan bawah 12 tahun di alu-alukan kepada murid-murid SK Pulau Meranti, Puchong.
  • Borang penyertaan boleh diperolehi daripada Pn. Nora dan penyertaan masih lagi dibuka kepada semua murid SK Pualau Meranti.

Ucapan oleh Pn. Nora Binti Yusof (GPK Kokurikulum).
Risalah Kejohanan Badminton Bakat Muda anjuran JKK Pulau Meranti,  Puchong.


Ucapan Guru Besar (Pn. Siti Habsah Binti Ahmad)


  • Ucapan tahniah kepada murid-murid SK Pulau Meranti yang hadir pada hari ini.
  • Guru Besar memaklumkan bahawa pada 7 November 2014 ( Jumaat) akan diadakan Hari Bicara Akademik bagi semua murid-murid SK Pulau Meranti.
  • Guru Besar juga memaklumkan bahawa pada 22 November 2014 (Sabtu) akan diadakan Hari Orientasi bagi semua murid-murid Tahun 1 2015 SK Pulau Meranti.
  • Memo akan dikeluarkan kepada semua ibu bapa murid SK Pulau Meranti untuk makluman dan  pemberitahuan program yang akan dilaksanakan.
  • Guru Besar berharap agar murid-murid Tahun 6 hadir ke sekolah seperti biasa kerana pelbagai ProgramPasca UPSR yang akan dilaksanakan, jika murid tidak hadir maka satu kerugian daripada pelbagai aspek terutamanya ilmu dan informasi yang bakal mereka tempuhi pada tahun-tahun mendatang terutamanya di alam sekolah menengah.


Ucapan oleh Pn. Siti Habshah Binti Ahmad (Guru Besar).

Majlis perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.


Laporan disediakan oleh:
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
(Guru Bertugas Minggu Ke-41)

No comments: