Saturday, November 15, 2014

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG, GRADUASI PRASEKOLAH & GRADUASI TAHUN 6, 2014

Sepang, 15 November 2014 -Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan majlis"Hari Anugerah Cemerlang, Graduasi Prasekolah dan  Graduasi Tahun 6. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di Dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Kemudian diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar, Puan Siti Habsah Binti Ahmad dan ucapan daripada Pengerusi PIBG iaitu Datuk Mohd Mahzan Bin Tamyiz. Tepat jam 9.15 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Datuk Mohd Mahzan Bin Tamyiz. Rentetan majlis ini, di sertakan foto-foto ketika majlis ini berlangsung. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua Warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dalam menjayakan majlis ini.

Ucapan daripada Puan Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar).

Ucapan daripada YDP PIBG, Datuk Mahzan Bin Tamyiz.

Barisan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.

Persembahan pembukaan oleh anak-anak Galang Maya.

Penyampaian hadiah kepada murid Prasekolah.

Penerima Anugerah Tokoh Nurani, adik Muhammad Alif Rahimie.

Penerima Anugerah Tokoh Bitara bagi tahun 2014 dinobatkan kepada adik Muhammad Alif Rahimie.


Penerima anugerah Tokoh Kesatriaan, adik Muhammad Basrah.

Penerima anugerah Tokoh Nilam bagi Tahap 2, Nur Zafirah.

Penerima anugerah Tokoh Nilam bagi Tahap 1.

Persembahan gerak tari oleh murid-murid prasekolah.

Penerima Anugerah Grinda Kristal.

Persembahan daripada adik Kamarul dengan  lagu "Tegar".

Persembahan penutupan oleh Galang Maya.

Penerima anugerah Tokoh bergambar kenangan bersama barisan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dalam menjayakan majlis ini.







Disediakan oleh:
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
Pn. Norsaliza Binti Abd. Ghani
(J/K Dokumentasi)

No comments: