Wednesday, November 5, 2014

PROGRAM MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH

Pada Jumaat minggu lepas Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menjalankan "Program Melangkah Ke Sekolah Menengah; khas untuk murid tahun 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan asas mengenai mata pelajaran dan peraturan sekolah menengah.

Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana, Pn, Adlina dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Murid-murid SKPM menunjukkan respon yang cukup bagus dan mereka berminat dengan program ini. Mereka juga diberi peluang untuk bersoal jawab dan murid-murid menggunakan peluang tersebut dengan baik.












Disediakan oleh

Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Post a Comment