Sunday, November 23, 2014

PROGRAM PRA PENGURUSAN JENAZAH PASCA UPSR

Program Pra Pengurusan Jenazah merupakan program Panitia Pendidikan Islam  yang dirancang bagi memenuhi aktiviti selepas peperiksaan UPSR. Pada tahun ini program ini mensasarkan kepada semua murid tahap 2.

Selama 4 jam murid-murid diberi penerangan, tunjuk cara dan amali bermula dengan tatacara memandikan jenazah,  tatacara mengkafankan seterusnya diajar tatacara sembahyang jenazah.

Program bermula dengan penerangan daripada ustaz Razis secara umum kemudian wakil daripada ajk masjid dan persatuan ibubapa & guru  sk pulau meranti Pn. Radhiah pula dijemput untuk menunjukkan cara-cara memandikan, menkafankan jenazah seterusnya sembahyang jenazah bagi jenazah perempuan.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada murid-murid dan diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ustaz Razis sedang memberikan penerangan mengenai pengurusan jenazah secara umum kepada murd-murid
Seorang murid lelaki dipilih untuk menjadi model jenazah bagi menunjukkan cara-cara memandikan jenazah.

Pn. Radhiah pula dijemput untuk menunjukkan cara-cara memandikan jenazah perempuan.

Tunjuk cara mengkafankan jenazah lelaki sedang dilakukan oleh Ustaz Razis sambil diperhatikan oleh murid-murid.

Pn. Radhiah pula menunjukkan cara-cara mengkafankan jenazah perempuan.

Model jenazah lelaki yang telah siap dikafan.

Ustaz Razis memberi penerangan cara untuk melakukan sembahyang jenazah.
Murid-murid mendengar kesimpulan dan rumusan diakhir program pengurusan jenazah.






Laporan disediakan oleh : Pn. Nasibah binti Sairi

No comments: