Wednesday, November 12, 2014

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2014

      Pada hari Selasa (11 November 2014) baru-baru ini, pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah dengan jayanya. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam para murid dan seterusnya meraikan semua murid SK Pulau Meranti.

     Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Seterusnya diikuti dengan ucapan oleh PK Pentadbiran, En Mohd Azmin b Atan. Mendahului acara sambutan pada kali ini ialah Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah dan Tahap 1 dan seterusnya Pertandingan Lalax Star (Solo/Berkumpulan) Tahap 1.

      Pada jam 9.45pagi  majlis berhenti seketika dan bersambung semula pada jam 10.30 pagi. Murid-murid disajikan dengan ais krim secara percuma oleh Syarikat Papa Ais Krim. Acara bersambung semula dengan Penyampaian Hadiah Pakaian Beragam Prasekolah. Pada jam 10.45 pagi, majlis diteruskan dengan Pertandingan Lalax Star Tahap 2 dan Pertandingan Koir/Nasyid Tahap 2.

     Pada jam 12.35 tengahari acara Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Lalax Star Tahap 2 dan Penyampaian Hadiah Tokoh Ko Kurikulum bagi Tahun 2014. Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada kali ini berlangsung dengan  meriahnya.


Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri

Antara para peserta acara pakaian beragam Tahap 1

Peserta Koir Tahap 1

Peserta Solo Tahap 2

Peserta Nasyid Berkumpulan Tahap 2

Peserta Nasyid Tahap 2 (Perempuan)

Ais Krim percuma disajikan kepada semua murid


Pemenang persembahan berkumpulan Tahap 2

Pemenang Koir Tahap 2

Tokoh-Tokoh Kecemerlangan  Kokurikulum 2014


 Disediakan oleh :

JK Dokumentasi
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan
Pn Norsaliza bt Abd Ghani




No comments: