Wednesday, December 3, 2014

RENTETAN PERTANDINGAN PSKPP NEGERI SELANGOR 2014

Pertandingan Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) merupakan pertandingan yang setiap tahun diadakan bagi semua warga pendidikan yang aktif dan berbakat di dalam arena sukan dan juga di bidang kesenian. Oleh yang demikian, En Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri yang merupakan salah seorang warga pendidik SK Pulau Meranti telah menyertai pertandingan tarian Retro 70'an dan beliau telah menjadi johan di pertandingan tersebut bersama kumpulan KESUBA, maka secara tidak langsung melayakkan beliau bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 16 - 18 Disember ini di Kuala Lumpur. Bersama-sama kita doakan supaya kumpulan KESUBA yang akan mewakili negeri Selangor berjaya menjadi johan dan membuat hatrik pada tahun ini.
Wakil daerah Sepang yang akan mewakili negeri Selangor ke pertandingan tarian Retro peringkat Kebangsaan 2014

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KESUBA

No comments: