Monday, January 12, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 1 (2015)

Guru Bertugas :
1) En. Daud Bin Aris
2) Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
3) Pn. Hayati Binti Kamis
4) Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
5) Pn. Noni Binti Said


Laporan:
  • Pengerusi Majlis    : En. Daud Bin Aris (Guru Disiplin) 
  • Bacaan Doa          : En. Mohd Helmi Bin Jumri 
  • Ikrar Rukunegara  : En. Daud Bin Aris (Guru Disiplin)
  • Ikrar Sekolah        : En. Daud Bin Aris (Guru Disiplin)
  • Ikrar Jalanraya      : En. Daud Bin Aris (Guru Disiplin)    
Pn. Rose Halina Binti Jedin mengendalikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Bacaan doa dipimpin oleh En. Mohd. Helmi Bin Jumri.
Bacaan ikrar oleh murid-murid SK Pulau Meranti.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan
  • Disampaikan oleh En. Daud Bin Aris .
  • Mengulas tentang tema pada minggu ini iaitu "Peraturan Sekolah".
  • Murid perlu patuh kepada peraturan sekolah.
  • Murid boleh membaca peraturan sekolah pada buku peraturan sekolah untuk mengetahui peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di sekolah.
  • Ia juga merupakan salah satu amalan  dan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan pada diri setiap murid serta sentiasa berdisiplin pada setiap masa.
En. Daud Bin Aris merupakan salah seorang guru bertugas minggu ini.


Ucapan Guru Besar (Pn. Siti Habsah Binti Ahmad)
  • Ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Pulau Meranti yang hadir pada hari ini serta ucapan selamat datang kepada murid tahun 1 dan prasekolah.
  • Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya mematuhi peraturan sekolah serta sentiasa merujuk buku peraturan yang baru untuk mendapatkan maklumat lanjut. Murid-murid boleh membeli buku peraturan sekolah (berwarna coklat) di kedai buku.
  • Guru Besar juga memaklumkan bahawa murid-murid yang hadir ke sekolah supaya mengambil sarapan pagi sebagai alas perut agar murid berada di dalam keadaan yang bertenaga.
  • Memo akan dikeluarkan kepada semua ibu bapa murid SK Pulau Meranti untuk makluman dan pemberitahuan program yang akan dilaksanakan. Harap ibu bapa dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah.

Ucapan oleh Pn. Siti Habshah Binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti).

Barisan pentadbir SK Pulau Meranti.
Barisan guru-guru SK Pulau Meranti.

Barisan.guru-guru SK Pulau Meranti.


Majlis perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.


Laporan disediakan oleh:
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
(Guru Bertugas Minggu 1- 2015)

No comments: