Friday, January 2, 2015

PROGRAM PROFESIONAL BERTERUSAN

Tarikh   : 2 Januari 2015 ( Jumaat )
Masa    : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pulau Meranti

Taklimat mengenali Program Profesional Berterusan telah disampaikan oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn Siti Habsah. PPB bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru dengan inisiatif guru sendiri. Beliau juga menerangkan bahawa PPB ini adalah salah satu langkah untuk merealisasikan PPPM.

Slot seterusnya adalah Taklimat Program Maju Diri 2015. Slot ini disampaikan oleh guru bimbingan dan kaunseling SK Pulau Meranti, Pn. Sugunah. Jadual aktiviti PMD telah dijelaskan. Program ini akan dilaksanakan pada 12 Januari hingga 16 Januari 2015 dan sasarannya adalah murid tahap 2.

Slot terakhir adalah Taklimat Program Transisi tahun (1) 2015, dan slot ini disampaikan oleh Pn.Cheng. Beliau juga menjelaskan jadual pelaksanaan Program Transisi Tahun (1) 2015.Tempoh pelaksanaan Program Transisi ini adalah selama 4 minggu dan bermula dari hari pertama persekolahan.











Disediakan oleh :

UNIT LADAP
SK PULAU MERANTI

No comments: