Friday, January 30, 2015

Program Transisi Tahun Satu


             Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah atau pendidikan di pra sekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu. Bermula 12 Januari 2015 hingga 6 Februari 2015, SK Pulau Meranti  di bawah Jawatankuasa Transisi telah mengadakan Program Transisi Tahun Satu bagi sesi 2015. Program ini berlangsung selama 4 minggu. 
             Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu pertama  ialah pengurusan kelas, mengenali sekolah, mengenal Huruf A-Z, matematik Abacus, mengenali nombor, pengenalan anggota badan dan aktiviti berkumpulan. Pada minggu kedua murid diberi pendedahan mengenai ucapan bertatasusila, nyanyian gerakan, mengenal alat muzik, mengenal bentuk 2D dan 3D, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selangor, pengenalan asas Bahasa Arab, mengenal suku kata, membaca doa-doa harian. Manakala minggu ketiga murid diberi penerangan tentang language art, melukis dan mewarnakan gambar keluarga, mengenal bau wangi dan busuk, mengenal nombor dalam bahasa Arab, pengenalan Pusat Sumber dan Program NILAM. Pada minggu keempat pula, antara aktiviti yang dijalankan seperti melukis rumah idaman, memperkenalkan objek di dalam kelas, penerangan makan seimbang dan berkhasiat, mengenal huruf hijaiyah, pengenalan haiwan berkaki empat, anyaman tikar, cara menjaga kebersihan diri dan penjagaan buku teks, buku tulis dan buku aktiviti.
           Diharap program yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada murid tahun satu sebelum menempuh alam persekolahan formal yang lebih mencabar. Sekian.

Murid tekun mewarnakan gambar.

Murid sedang menyiapkan lembaran kerja yang
diberikan oleh guru.

Murid khusyuk menjawab soalan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ketika program
transisi.


Dilaporkan oleh : 
Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

No comments: