Saturday, February 7, 2015

KURSUS PEMANTAPAN KETRAMPILAN KEPIMPINAN 2015

Kursus Pemantapan Ketrampilan Kepimpinan telah dilaksanakan pada 7 Februari 2015 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugasan harian. Ketrampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. Antara objektif kursus ini ialah dapat mengenalpasti nilai-nilai serta  ciri-ciri seorang pemimpin yang baik, membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin, memurnikan tugas harian dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid. Sasaran kursus ini adalah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, AJK Kelab Dan Persatuan, Flying Squad, Ketua dan Penolong Kelas. Slot 1 dimulakan dengan Ceramah Kepimpinan yang kendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohamad Shamshul Bin Shahid (Guru Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Seri Sepang). Slot 2 ialah Ceramah Mengenali Tugasan yang dipimpin oleh En. Daud Bin Aris (Penyelaras Unit Beruniform) dan Slot 3 pula dikendalikan oleh En. Mohd Taufik Bin A. Rahman iaitu aktiviti Kawad Kaki. 

Bacaan ikrar oleh murid-murid.

Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.

Pendaftaran ahli.

Slot 1 dikendalikan oleh En. Mohamad Shamshul Bin Shahid
(Guru Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Seri Sepang).
Aktiviti "Kelopak Jantung".

Slot 2 dikendalikan oleh En. Daud Bin Aris.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika slot 2 berlangsung.
Slot 3 yang dikendalikan oleh En. Mohd Taufik Bin A. Rahman.
Aktiviti kawad kaki dijalankan.

Pn. Rose Halina Bt. Jedin memberi penerangan mengenai tugasan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Pn. Ainul Fathiah memberi penerangan mengenai tugasan Pengawas Sekolah.

Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti)
menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah jemputan
iaitu En. Mohamad Shamshul Bin Shahid.


Laporan Disediakan Oleh:
YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

No comments: