Monday, March 9, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 9

Tarikh : 09 MAC 2015
Hari    : Isnin
Masa  : 7.20 - 8. 30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti


Senarai Guru Bertugas:
1. En. Mohd Taufik b. Abdul Rahman
2. Pn. Salinda bt Kadri
3. Pn Sugunah
4. Pn Siti Fadhilah bt Zahari
5. Pn Nor Diana bt Amiruddin

Aktiviti 1:
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Cikgu Mohd Taufik b. Abdul Rahman
Bacaan doa oleh Abu Bakar
Bacaan Ikrar murid dan Ikrar Jalan Raya


Aktiviti 2 :
Ucapan guru bertugas minggu ke 8
Oleh :  Cikgu Daud b Aris

1.   Murid-murid ditekankan berkenaan disiplin di sekolah pada setiap masa dan menghormati guru

2.  Didapati ada murid yang ponteng waktu kokurikulum pada waktu petang  balik tidak ikut laluan sebenar tetapi keluar ikut laluan pagar yang dilubangkan.


Aktiviti 3:
Ucapan guru bertugas mingguan
oleh : Puan Salinda bt Kadri

Isi masa lapang adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh segelintir manusia kerana masa lapang adalah masa untuk berehat, lepak dengan kawan dan sebagainya. Sebenarnya, masa lapang ini amat berguna bagi guru dan juga murid di sekolah kerana pada masa inilah murid-murid b mengulangkaji pelajaran, membaca buku di pusat sumber dan membuat latihan yang diberikan oleh guru.  

Masa lapang yang ada, samada sebelum guru masuk ke kelas atau selepas guru masuk ke kelas, murid-murid seharusnya menggunakan masa yang hanya beberapa minit tersebut untuk membaca buku-buku yang telah ada di belakang di dalam kelas. Begitu juga jika ada masa terluang semasa rehat atau pulang sekolah, murid-murid masuk ke pusat sumber untuk membaca buku.

Aktiviti 4:
Kelas terbersih

Pada minggu lepas, diadakan pertandingan kelas terbersih tahap satu dan tahap dua. Pemenangnya adalah :

    Tahap 1 : Kelas 3 Cemerlang
    Tahap 2 : Kelas 4 Gemilang


Aktiviti 5:
Cenderahati Hari jadi bagi bulan Januari
oleh : Puan Sugunah

Penyampaian cenderahati untuk murid-murid yang lahir pada bulan Januari yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum, Puan Nora.




Aktiviti 6:
Pelancaran Program Nilam
Pengacara Majlis : Pn Rose Halina bt Jedin
Dirasmikan oleh : Datuk Hj Mohd Mahzan b Tamyis
                             (YDP PIBG SK Pulau Meranti)







Pengenalan
‘ Nilam’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggambungan atau adunan. Program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Objektif
·        Menjadikan murid banyak membaca
·        Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Nilam dan lagu Malaysia Berjaya
  

No comments: