Monday, March 2, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 8

Tarikh : 2  Mac 2015
Hari     : Isnin
Masa  : 7.30 - 8. 15 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas :
1. En. Daud Bin Aris
2. Pn. Noni Binti Said
3. Pn. Hayati Binti Kamis
4. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
5. Pn. Intan

Aktiviti :
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Mohd Abu Bakar Bin Mohd Mahzan
Bacaan doa oleh Mohd Muqri Nabil
Bacaan Ikrar Murid oleh Amir Aniq dan Ikrar Jalan raya oleh Farah Wahida


Ucapan guru bertugas minggu ke 7 oleh Puan Siti Juitah
1. Murid-murid hendaklah sentiasa datang awal ke sekolah kerana setiap hari ada sahaja murid yang hadir lewat.
2.Murid-murid hendaklah sentiasa memastikan kehadiran awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
3.Murid-murid perlu bertanggungjawab semasa menggunakan tandas kerana masalah kebersihan tandas yang sering kali berbau hancing kerana tidak dijirus selepas membuang air.
4. Murid perlu memastikan kebersihan sampah di kelas supaya tidak terdapat sampah yang dibuang merata-rata.


Ucapan guru bertugas mingguan oleh Pn. Noni Binti Said
Tema ucapan minggu ini adalah Sayangi Sekolah.
1. Murid diingatkan supaya tidak hadir ke sekolah jika sakit tetapi pergi ke hospital kerana cuaca panas dan wabak denggi yang semakin merebak.
2. Murid tahun 5 dan 6 perlu perhatian lebih bagi memastikan kebersihan kelas masing-masing kerana kebersihan kelas tahun 5 dan 6 semakin merosot.
2. Murid kena prihatin kepada harta benda fizikal sekolah dimana perlu dijaga dengan rapi dan berhemat.



Ucapan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Pulau Meranti, Puan Siti Habsah binti Ahmad
1.Guru Besar mengingatkan setiap murid-murid supaya memberi salam dan menjawab salam dengan cergas dan aktif.
2.Guru Besar juga mengingatkan pengawas supaya memastikan sebelum perhimpunan bermula semua telah bersiap sedia termasuk susunan murid-murid di tapak perhimpunan.
 3. Pengawas yang bertugas semasa perhimpunan rasmi perlu bersedia lebih awal dan pastikan tidak terlalu laju semasa membaca ikrar dan penuh bersemangat. Semua pengawas perlu paastikan diri berdiri tegak dengan penuh semangat membaca ikrar.
4. Murid diingatkan supaya bersedia untuk menghadapi ujian Formatif 1 dalam minggu ini.
5. Guru Besar mengingatkan semula apa yang telah diperktakan oeh Pn Juitah supaya menjaga kebersihan tandas dan pastikan sampah tidak dibuang merata-rata.



Hal-hal lain
Penghargaan kelas terbersih :

Tahap 1 : Kelas  1 Cemerlang
Tahap 2 : Kelas  4 Gemilang



Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu "Malaysia Berjaya".

Laporan disediakan oleh:
DAUD BIN ARIS


No comments: