Sunday, March 29, 2015

Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah Sepang

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah Sepang. Majlis ini diadakan pada hari Sabtu bertarikh 28 Mac 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menghantar sebanyak enam penyertaan antaranya Mohd Ridhwan (Tilawah Al-Quran Lelaki), Nur Syamimi Athirah ( Tilawah Al-Quran Perempuan), Mohd Nur Fathullah (Hafazan Lelaki), Fatini Rauhah (Hafazan Perempuan), Mohd Aniq ( Bercerita Lelaki) dan Nurul Shasmeen (Bercerita Perempuan). Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai acara yang telah dipertandingkan. Ucapan tahniah kepada Fatini Rauhah bt Fairuz Zamer kerana telah mendapat tempat ketiga untuk Hafazan kategori perempuan. Mudah-mudahan dengan menyertai pertandingan ini, peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk lebih maju pada masa akan datang, in sya Allah...

Bergambar bersama hakim pertandingan.

Peserta berbaris mengikut kategori yang dipertandingkan.

Peserta khusyuk menghafaz Al-Quran di bilik pertandingan.

Adik Mohd Aniq sedang menanti giliran untuk membuat
persembahan.

Ucapan oleh Guru Besar SK Cyberjaya.

Tahniah kepada Adik Fatini Rauhah kerana mendapat
 Tempat Ketiga (Kategori Hafazan Perempuan)



Dilaporkan oleh,

Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan








No comments: