Monday, March 2, 2015

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) Kali Ke-40

Mesyurat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-40 telah dilaksankan pada 28 Februari 2015 bertempat di Dewan SK Pulau Meranti. Seramai 102 kehadiran ahli PIBG untuk melantik jawatankuasa yang baru.

Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa sebaik tetamu dan perasmi masuk ke dewan. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan dirasmikan oleh tetamu kehormat Prof. Engr. Dr. Hj. Mohd Idrus Bin Hj Mohd Masirin. Majlis perasmian ini telah diserikan lagi dengan persembahan multimedia, peyampaian sijil kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 dan penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPSR 2014.

Yang Dipertua PIBG Datuk Mohammad Mahzan Bin Tamyiz telah membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 dan Guru Besar Pn. Siti Habsah Binti Ahmad selaku Penasihat PIBG telah dilantik menjadi Pengerusi Sementara untuk lantikan jawatankuasa baru sesi 2015/2016.

Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa baru yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-40 ini semoga terus menerajui perjuangan murni sesi sebelum ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Datuk Mohammad Mahzan Bin Tamyiz kerana sekali lagi telah dilantik menjadi Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2015/2016. Moga jawatankuasa baru ini akan lebih cemerlang bersama aspirasi sekolah demi masa depan anak-anak bumi bertuah SK Pulau Meranti.

Tahniah!!!!!  
Datuk Hj Muhamad Mahzan YDP PIBG

Perasmi Prof Engr Dr Hj Mohd Idrus bin Hj Mohd Masirin


Pendaftaran para ahli PIBG

AJK Makanan


Ibu bapa mengisi borang sarana

AJK Pendaftaran

Ibu bapa mengisi borang sarana





No comments: