Thursday, April 30, 2015

Perjumpaan Kelab dan Persatuan serta Kelab dan Permainan Kali ke-6

Tarikh : 29 April 2015 (Rabu)
Masa   : 2.30 - 4.30 petang

Sukan Tahunan SKPM telah berakhir...perjumpaan kokurikulum diteruskan seperti biasa. Murid berkumpul di tapak perhimpunan pada 2.30 petang dan kemudian bergerak ke tempat perjumpaan Kelab dan Persatuan masing-masing. Apabila loceng dibunyikan jam 3.30 petang, murid bergerak ke tempat perjumpaan Kelab dan Permainan. Segala aktiviti berjalan dengan baik. Semoga berjumpa lagi untuk perjumpaan seterusnya.

KELAB DAN PERSATUAN

KELAB REKACIPTA & INOVASI
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
PERSATUAN BAHASA


KELAB DAN PERMAINAN

SEPAK TAKRAW
HOKI
BOLA JARING
BADMINTON
BOLA SEPAK
                 BOLA TAMPAR

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR FASA 1

30/4/2015, Panitia Sains dengan kerjasama unit kaunseling SK Pulau Meranti telah berjaya menganjurkan BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR FASA 1 2015. Program ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR bagi tahun ini.

Penceramah jemputan hebat TN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR merupakan seorang guru dari SK Jalan U3, Subang Perdana yang telah berkhidmat selama 20 tahun. beliau merupakan penyelaras program ADAP Utusan Malaysia, penceramah Sains KUNTUM dan The Star, penulis dan penceramah ASTRO Tutor TV dan penyelaras Program Bijak Sains.

Program ini telah melibatkan seramai 73 murid tahun 6 dan 94 murid tahun 5 bagi memberi pendedahan awal bagi menumpuh UPSR.

Moga dengan adanya program ini dapat meningkatkan lagi pencepaian UPSR tahun 2015 terutamanya bagi subjek Sains.










Dilaporkan oleh,

DAUD BIN ARIS

Monday, April 27, 2015

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-49

         Ahad (26 April 2015) telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Seawal jam 7.00 pagi warga SK Pulau Meranti mula membanjiri kawasan sekolah. Begitu juga dengan ibubapa dan penduduk setempat. Semua guru, staf dan murid sibuk dengan tugasan masing-masing. Apapun, tugasan mesti diselesaikan sebelum bermulanya majlis. 
          Mendahului acara pada hari ini ialah sukaneka daripada murid-murid prasekolah iaitu pada jam 8.15 pagi. Tepat jam 9.00 pagi, ketibaan tetamu kehormat yang dinantikan iaitu YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Hj Mohd Sharif  (Ahli Dewan Undangan Dengkil). Acara kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lintas hormat kontijen rumah sukan. 
         Bagi  memberkati majlis pada hari ini, acara dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri.  Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn Siti Habsah bt Ahmad, diikuti ucapan YDP PIBG, Y.Bhg. Datuk Mohamad Mahzan b. Hj. Tamyiz. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Hj Mohd Sharif  (Ahli Dewan Undangan Dengkil)
         Pelbagai acara menarik telah dijalankan pada hari ini. Antaranya acara sukaneka tahap 1, acara balapan, acara relay dan acara komuniti. Dengan adanya sukan tahunan peringkat sekolah ini,  dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga SKPM dan komuniti setempat. Sehingga berjumpa lagi tahun hadapan, in sya Allah.


LENSA KAMERA

Ketibaan tetamu kehormat

Lintas hormat kontijen rumah sukan

Lintas hormat kontijen rumah sukan

Ikrar kejohanan oleh Mohd Syamil Hafiz

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi

Ucapan Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad

Ucapan YDP PIBG, Y.Bhg. Datuk Mohd Mahzan b Hj. Tamyiz

Ucapan perasmian oleh  YB Tuan Shahrum b Dato' Hj Mohd Sharif
(ADUN Dengkil)



Friday, April 24, 2015

Raptai Akhir Kejohanan Sukan Tahunan

Jumaat (24 April 2015) - Selepas berakhirnya program bacaan Yasin mingguan, telah diadakan raptai akhir Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-49. Semua murid diberi taklimat ringkas  oleh En Nordin Bin Mat Hussin, selaku pengurus kejohanan. Seterusnya murid dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut rumah sukan. Murid-murid kemudiannya dibawa ke padang SK Pulau Meranti diiringi oleh setiap guru rumah. Semua murid ditempatkan di khemah masing-masing mengikut rumah sukan. Cikgu Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri dan Teacher Rose Halina Bt Jedin selaku pengacara majlis memulakan acara dengan menjemput Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri untuk memimpin bacaan doa. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan diikuti acara raptai perbarisan setiap rumah sukan. Seterusnya majis diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh anak-anak cilik Galang Maya. Alhamdulillah acara raptai pada hari ini dapat dijalankan dengan sempurna mengikut perancangan. Diharapkan agar Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada hari Ahad nanti dapat berlangsung dengan jayanya...aamin.


LENSA KAMERA

Taklimat raptai oleh Cikgu Nordin Bin Mat Hussin.

Murid dan guru rumah sukan berkumpul di padang SKPM

Persembahan tarian oleh anak-anak Galang Maya

Murid-murid yang menyertai perbarisan bersiap sedia untuk raptai
perbarisan.

Raptai perbarisan sedang berlangsung 

Semua hadirin berdiri untuk  tabik hormat kontijen perbarisan

Pasukan dari Rumah Hijau 

Pasukan dari Rumah Kuning

Raptai tabik hormat oleh kontijen perbarisan

Adik Mohd Syamil Hafiz mengetuai bacaan ikrar kejohanan.



Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Ahmad Zakuan



Thursday, April 23, 2015

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAERAH SEPANG 2015

Tarikh    : 21 April 2015
Tempat  : SMK Taman Putra Perdana
Anjuran : PPD Sepang

Perserta
  1. Muhammad Syahmi Bin Zaini                 6G
  2. Muhammad Zamri Bin Zainal Abidin      5C
  3. Mohd Fakhrullah Bin Hasim                  5G
  4. Haziq Shafyran Bin Herman                  4C
  5. Muhammad Haziq Hakimi Bin Azman   3G
  6. Muhammad Izz Haikal Bin Muhd Zaki  2G
  7. Nur Ismahani Binti Azman                    6G
  8. Nur Syahmina Bin Zaini                        4G
  9. Farzanah Binti Muhd Fuad                   3C
  10. Ros Damiya Binti Kamarul Hafizan       3C
  11. Nur Isma Alya Binti Azman                  2G
  12. Nur Adriana Batrisyia Binti Nordin       2G
Pencapaian : 
  • Johan Keseluruhan
  • Kareografer Terbaik
  • Busana Terbaik

Johan Keseluruhan pertandingan tarian peringkat daerah Sepang 2015
'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu' itulah perumpamaan yang paling tepat kepada pasukan tarian sekolah. Tahniah diucapkan kepada pasukan tarian SK Pulau Meranti (Galang Maya) kerana telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi pertandingan tarian sekolah rendah peringkat daerah baru-baru ini. Pasukan tarian ini telahnmembawa pulang hadiah berupa plak, sijil pencapaian serta anugerah kategori iaitu kareografer terbaik dan busana terbaik. Ia sekaligus melayakkan pasukan tarian sekolah mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri pada bulan September nanti. Semoga pasukan tarian Galang Maya teruskan usaha dan berjaya di peingkat seterusnya dan mengharumkan nama sekolah dan daerah. 

Di Bawah Lensa 

Kategori A : Rampaian Tradisional
Kategori B: Tarian Cina Kipas

Ketika Pertandingan sedang berlangsung

Tarian Cina Kipas

Antara Guru dan Ibu Bapa Yang hadir dan memberi sokongan


Wednesday, April 22, 2015

Acara Sukaneka Akhir Tahap 2

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Rabu ( 22 April 2015) - Alhamdulillah acara sukaneka tahap 2 pada hari ini berjalan dengan jayanya. Semua murid tahap 2 berkumpul di padang SKPM bagi mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh En Nordin b Mat Hussin selaku pengurus kejohanan sukan tahunan sesi 2015. Murid tahap 2 dibahagikan kepada 3 acara mengikut tahun. Antara acara yang dijalankan ialah  'kepit bola & tali skipping' bagi murid tahun 4, 'terompah gergasi' tahun 5 dan 'susun bata' tahun 6. Sukaneka tahap 2 pada hari ini diakhiri dengan acara tarik tali kategori lelaki. Semua murid bertanding dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh. Berikut adalah keputusan bagi acara sukaneka tahap 2 :

Tahun 4
Acara 'kepit bola & tali skipping' (lelaki)
Tempat pertama  : Rumah Biru
Tempat kedua     : Rumah Kuning
Tempat ketiga     : Rumah Hijau
Tempat keempat : Rumah Merah

Acara 'kepit bola & tali skipping' (perempuan)
Tempat pertama  : Rumah Kuning
Tempat kedua     : Rumah Hijau
Tempat ketiga     : Rumah Biru
Tempat keempat : Rumah Merah

Tahun 5
Acara 'terompah gergasi' (lelaki)
Tempat pertama  : Rumah Kuning
Tempat kedua     : Rumah Biru
Tempat ketiga     : Rumah Merah
Tempat keempat : Rumah Hijau

Acara 'terompah gergasi' (perempuan)
Tempat pertama  : Rumah Hijau
Tempat kedua     : Rumah Kuning
Tempat ketiga     : Rumah Biru
Tempat keempat : Rumah Merah

Tahun 6
Acara 'susun bata' (lelaki)
Tempat pertama  : Rumah Biru
Tempat kedua     : Rumah Merah
Tempat ketiga     : Rumah Kuning
Tempat keempat : Rumah Hijau

Acara 'susun bata' (perempuan)
Tempat pertama  : RumahHijau
Tempat kedua     : Rumah Kuning
Tempat ketiga     : Rumah Merah
Tempat keempat : Rumah Biru


Pemenang acara tarik tali akhir (lelaki)
Rumah Kuning VS Rumah Hijau


LENSA KAMERA

Taklimat oleh penyelaras kejohanan.

Acara 'kepit bola & tali skipping' - Tahun 4

Acara 'kepit bola dan tali skipping' - Tahun 4

Acara 'terompah gergasi' - Tahun 5

Acara 'terompah gergasi'- Tahun 5

Acara 'susun bata'- Tahun 6

Prasekolah tidak ketinggalan menyertai acara sukananeka.

Rumah Merah VS Rumah Hijau

Rumah Biru VS Rumah Kuning

Johan acara kepit bola & tali skipping (lelaki)

Johan acara kepit bola & tali skipping (perempuan)

Johan acara terompah gergasi (perempuan)

Johan acara terompah gergasi (lelaki)

Johan acara susun bata (perempuan)

Johan acara susun bata (lelaki)





Dilaporkan oleh : 
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan