Selasa (21 April 2015) - Seawal jam 7.45pagi, semua murid tahap 2 berkumpul di padang SKPM bagi menyertai acara padang peringkat akhir iaitu acara lontar peluru dan lompat jauh. Sebelum bermulanya acara, semua guru yang terlibat meninjau keadaan persekitaran padang bagi memastikan keselamatan murid terjamin. Kemudian acara diteruskan dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras berkaitan dengan syarat pertandingan. Semua murid tahap 2 dikumpulkan mengikut rumah masing-masing. Semua murid bertanding dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi memungut mata yang tinggi untuk rumah sukan masing-masing. Pemenang bagi acara padang akan diumumkan pada hari berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan nanti.
LENSA KAMERA
Acara lompat jauh
Acara lompat jauh
Acara lontar peluru
Acara lontar peluru
Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan
No comments:
Post a Comment