Friday, April 17, 2015

Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Kali Pertama

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

16 April 2015 ( Khamis )- Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana yang diadakan pada kali ini berjalan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan di Masjid Meranti, Kg Pulau Meranti. Seawal jam 6.30 petang para guru beserta AJK Masjid telah hadir ke masjid bagi membuat persiapan majlis. Pada jam 7.00 malam murid-murid bersama ibubapa masing-masing datang ke Masjid Pulau Meranti untuk sesi pendaftaran. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib. Semua jemaah masuk ke Dewan Solat untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat hajat. Solat kali ini diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Idrus b Shahlan selaku Imam 1, Masjid Meranti. Setelah selesai menunaikan solat hajat, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Setelah selesai membaca surah Yaasin, para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Usai membaca doa, para jemaah dijemput menikmati hidangan  nasi tomato dan sirap ais. Kehadiran ibubapa dan murid pada kali ini sangat memberangsangkan. Majlis tamat pada jam 10.00 malam. Semua guru dan AJK Masjid yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Kali Pertama bagi sesi 2015 diucapkan Jazaakumullah Khairan Kathira..Sekian.


                                                    Sesi pendaftaran ibubapa dan murid


Bacaan surah Yasin ( jemaah muslimat )

Bacaan surah Yaasin ( jemaah muslimin )

Para jemaah disajikan dengan hidangan nasi tomato dan sirap ais.

Para jemaah sedang menikmati hidangan.


Dilaporkan oleh : 
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

No comments: