Thursday, April 30, 2015

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR FASA 1

30/4/2015, Panitia Sains dengan kerjasama unit kaunseling SK Pulau Meranti telah berjaya menganjurkan BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR FASA 1 2015. Program ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk meningkatkan pencapaian UPSR bagi tahun ini.

Penceramah jemputan hebat TN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR merupakan seorang guru dari SK Jalan U3, Subang Perdana yang telah berkhidmat selama 20 tahun. beliau merupakan penyelaras program ADAP Utusan Malaysia, penceramah Sains KUNTUM dan The Star, penulis dan penceramah ASTRO Tutor TV dan penyelaras Program Bijak Sains.

Program ini telah melibatkan seramai 73 murid tahun 6 dan 94 murid tahun 5 bagi memberi pendedahan awal bagi menumpuh UPSR.

Moga dengan adanya program ini dapat meningkatkan lagi pencepaian UPSR tahun 2015 terutamanya bagi subjek Sains.










Dilaporkan oleh,

DAUD BIN ARIS

Post a Comment