Friday, April 3, 2015

Jom Minum Milo

Tarikh : 3 April 2015


Hari ini merupakan hari yang bertuah bagi murid-murid SKPM kerana menerima kunjungan lori MILO. Selepas waktu rehat, murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing untuk mendapatkan minuman milo percuma. Semua murid menunjukkan reaksi yang gembira dan ceria apabila dapat minum secawan milo yang sejuk dan menyegarkan. Murid membuang cawan kertas yang telah digunakan ke dalam tong yang disediakan dan kemudian bergerak ke kelas masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak MILO kerana telah memberikan keceriaan kepada sekolah kami. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.


Murid beratur menunggu giliran
Murid mendapat milo percuma
Milo yang disediakan
Minum milo jadi sihat dan kuat
Murid gembira dapat minum milo

Laporan Oleh:

Kumpulan Guru Bertugas 
Minggu ke-11

No comments: