Monday, April 13, 2015

KELAB TUNAS SENI CEMERLANG SELANGOR

Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah diangkat menjadi perintis kepada Kelab Tunas Seni Cemerlang anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara selama 2 tahun bermula tahun 2015 hingga 2016. Program ini julung kali diadakan selaras dengan transformasi negara. Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian dan penglibatan sekolah yang cemerlang  di dalam bidang seni tari. Program ini adalah satu peluang yang terbaik dalam  meningkatkan mutu dan kualiti kelab seni tari sekolah ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan transformasi negara.

Untuk makluman semua, program ini telah memberi nafas baru kepada program seni bimbingan budaya yang telah dilaksanakan sebelum ini. Program ini merupakan pendekatan baru bagi membimbing dan menyemarakkan aktiviti seni budaya dalam kalangan murid-murid. Matlamat utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan kesenian cemerlang, aktif dan menjadi model kepada sekolah-sekolah lain. Program ini dapat dijadikan medium bagi perluasan dan penyerlahan kreativiti murid-murid melalui teknik pembelajaran seni dan budaya berasaskan konsep kecemerlangan  disamping melahirkan murid berkemahiran tinggi dan profiesional dalam bidang kesenian selaras dengan pasaran industri kreatif negara.

Diharapkan dengan adanya program seperti dapat menjadi ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan mencapai objektif yang disasarkan.









No comments: