Saturday, April 18, 2015

KEM BESTARI SOLAT SKPM 2015

18 April 2015 (Sabtu)- Program Kem Bestari Solat Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah dijalankan untuk murid tahap satu yang mana terdiri daripada murid tahun satu, dua dan tiga dan sebilangan daripada murid tahun empat, lima dan enam. Kem Bestari Solat ini telah diperkukuhkan oleh tenaga dakwah ustaz ustazah dan dibantu oleh empat orang ustaz yang melakukan praktikum di sekolah ini. Kem ini bermula pada jam 7.30 pagi, yang mana peserta dikehendaki untuk berhimpun di dataran perhimpunan. 

        Program dimulakan dengan meminta keberkatan pada Ilahi dengan serangkap doa yang telah di ketua oleh salah seorang daripada peserta kem ini. Kem ini beranjak maju dengan senamanrobik dan taklimat yang disampaikan oleh Pn Nasibah binti Sairi yang mana beliau telah mengetuai senaman senamerobik dan memberikan taklimat kepada peserta. 

      Seterusnya program beranjak maju dengan peserta diberikan tempat-tempat khusus untuk mengikuti kem ini. Tempat-tempat tersebut ialah bilik-bilik darjah yang berdekatan.  Kem dilanjutkan dengan setiap kumpulan akan ada guru yang mengajar tentang cara solat yang sempurna dan betul. Antara intipati pengajaran yang didedahkan dalam kem ini adalah hafaz surah-surah pendek, lafaz niat 5 solat, perlakuan setiap langkah solat bermula dengan niat diakhiri dengan salam, cara wuduk yang sempurna dan tayangan dan amali solat bagi setiap peserta.

      Program ini telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan harapan setiap guru terutama guru besar sekolah adalah dapat melahirkan murid yang mempunyai ketinggian pada ilmunya dan ketinggian pada imannya.
 para peserta diberikan taklimat dan senamrobik

 sesi senamrobik yang diterapkan zikir sebagai kiraan

 sesi pembahagian tempat dan guru

pergerakan ke bilik-bilik pembelajaran 

sesi pengajaran kem bestari solat 

keadaan ketika waktu rehat peserta 

pengajaran yang dikelolai oleh guru praktikum 

 murid berkumpul sebelum sesi kedua di jalankan

peserta dinilai secara individu 

 tunjuk cara bagi kelakuan solat yang betul

 tayangan multimedia di dalam surau

 tayangan multimedia berunsurkan kepada rukun 
solat dan lain-lain yang berkaitan

 guru praktikum menilai prestasi murid

amali solat yang dilakukan oleh perserta 

penilaian oleh guru dalam amali solat yang dilaksanakan


الحمدالله
sekian terima kasih...........


dilaporkan oleh:
Matnor bin matkasim.
Post a Comment