Tuesday, April 7, 2015

Latihan Sukantara Tahap 2

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Latihan sukantara pada hari ini berjalan dengan jayanya. Bermula jam 7.45 pagi semua murid Tahap Dua berkumpul di padang SKPM. Murid diberi taklimat seketika oleh En Nordin b Mat Hussin selaku pengurus kejohanan. Murid kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama untuk acara lontar peluru, manakala kumpulan kedua untuk acara larian. Semua murid mengambil bahagian dalam acara yang dijalankan. Murid telah menunjukkan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menyertai acara pada hari ini. Semua guru yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih  atas kerjasama yang telah diberikan. 

Murid berkumpul di padang SKPM.

Murid sedang mendengar taklimat yang disampaikan
 oleh Cikgu Nordin.


Murid sedang mendengar taklimat cara lontar peluru  dengan
kaedah yang betul.

Guru menunjuk cara lontar peluru.

Acara larian baton lelaki.

Acara lontar peluru

Acara larian baton mengikut rumah sukan.


Dilaporkan oleh : Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

Post a Comment