Thursday, April 16, 2015

PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN SUNTIKAN TAHUN 1

16 April 2015 (Khamis) - Pemeriksaaan kesihatan dilakukan hari ini oleh Pegawai Kesihatan dan jururawat dari Klinik Kesihatan Sepang (Unit Sekolah). Pegawai Kesihatan dan jururawat yang datang memeriksa murid-murid dari segi fizikal diri dan seterusnya melakukan suntikan kepada murid-murid. 

Sebelumnya, bermula awal Mac, pemeriksaan dilakukan ke atas semua murid-murid Tahun 1 yang melibatkan aktiviti mengukur tinggi, menimbang berat badan dan juga melakukan ujian mata. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mudah.

Sudah pasti Hari Pemeriksaan dan Suntikan hari ini akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh murid-murid Tahun 1, terutama yang pertama kali melihat dengan mata sendiri mereka diberikan suntikan.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama dan ucapan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengatur murid-murid dan menyediakan kemudahan untuk sesi pemeriksaan kesihatan kali ini. Tidak lupa, ucapan TERIMA KASIH kepada Pegawai Kesihatan dan semua jururawat yang terlibat.







No comments: