Monday, April 13, 2015

Persembahan Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2014

Kumpulan Tunas Seni Tari Cemerlang (Galang Maya) baru-baru ini telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi majlis anugerah sukan negeri Selangor yang berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Acara yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Persembahan pembukaan yang lincah dan cerdas bertemakan Cilik Cergas telah berjaya memukau penonton dan telah mendapat pujian ramai. Ia memberi semangat dan motivasi kepada penari cilik ini untuk memberikan persembahan yang terbaik pada masa akan datang. Di samping itu juga tidak lengkap tanpa tarian tadisonal kontemporari yang  turut disajikan sebagai penyeri halwa mata dan telinga tetamu yang hadir.





Post a Comment