Friday, April 24, 2015

Raptai Akhir Kejohanan Sukan Tahunan

Jumaat (24 April 2015) - Selepas berakhirnya program bacaan Yasin mingguan, telah diadakan raptai akhir Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-49. Semua murid diberi taklimat ringkas  oleh En Nordin Bin Mat Hussin, selaku pengurus kejohanan. Seterusnya murid dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut rumah sukan. Murid-murid kemudiannya dibawa ke padang SK Pulau Meranti diiringi oleh setiap guru rumah. Semua murid ditempatkan di khemah masing-masing mengikut rumah sukan. Cikgu Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri dan Teacher Rose Halina Bt Jedin selaku pengacara majlis memulakan acara dengan menjemput Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri untuk memimpin bacaan doa. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan diikuti acara raptai perbarisan setiap rumah sukan. Seterusnya majis diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh anak-anak cilik Galang Maya. Alhamdulillah acara raptai pada hari ini dapat dijalankan dengan sempurna mengikut perancangan. Diharapkan agar Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada hari Ahad nanti dapat berlangsung dengan jayanya...aamin.


LENSA KAMERA

Taklimat raptai oleh Cikgu Nordin Bin Mat Hussin.

Murid dan guru rumah sukan berkumpul di padang SKPM

Persembahan tarian oleh anak-anak Galang Maya

Murid-murid yang menyertai perbarisan bersiap sedia untuk raptai
perbarisan.

Raptai perbarisan sedang berlangsung 

Semua hadirin berdiri untuk  tabik hormat kontijen perbarisan

Pasukan dari Rumah Hijau 

Pasukan dari Rumah Kuning

Raptai tabik hormat oleh kontijen perbarisan

Adik Mohd Syamil Hafiz mengetuai bacaan ikrar kejohanan.



Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Ahmad Zakuan



No comments: