Friday, May 29, 2015

PROGRAM SUMBANGAN BAJU RAYA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA TNB

27hb Mei 2015, program sumbangan baju raya anak-anak yatim dan murid asnaf merupakan program tahunan TNB  kepada sekolah yang terpilih. Seramai 14 orang murid anak yatim dan seorang murid asnaf zakat dari sekolah ini  telah dipilih untuk program membeli baju raya anjuran TNB. Sumbangan ini akan diberi pada majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada hari tersebut, murid-murid anak yatim dibawa dengan menaiki bas ke Kuala Lumpur. Mereka diberi pilihan untuk memilih pakaian hari raya yang mereka ingini. Mereka juga dibawa makan tengahari di Kompleks SOGO. Selesai sesi pemilihan kelengkapan baju raya, mereka pulang ke sekolah pada jam 5.00 petang.





Wajah-wajah anak yatim lelaki dari SK Sg Merab Luar dan SK Pulau Meranti, bersedia untuk menuju ke kedai pakaian Wisma Yakin bersama Kakitangan TNB.

Sebahagian murid perempuan yang sudah memilih pakaian.
Kelihatan kegembiraan terpancar di wajah masing-masing dengan pakaian baru yang dipilih.

Adik Fasha diana binti Megat Nordin gembira menunjukkan pakaian baru yang dipilihnya.

Kelihatan murid-murid perempuan bergambar kegembiraan setelah selesai memilih tudung raya.

Sesi pemilihan kasut raya. 

Selesai membeli kelengkapan baju raya, murid-murid dijamu dengan nasi ayam di medan selera Kompleks SOGO.

Wajah-wajah anak yatim SK Pulau Meranti.





Laporan disediakan oleh :

Nasibah binti Sairi.




Thursday, May 28, 2015

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2015

Image result for cuti penggal persekolahan 2015

Cuti Penggal Persekolahan akan bermula pada 30 Mei hingga 14 Jun 2015. 
Selamat bercuti. 
Jangan lupa mengulangkaji pelajaran buat murid tahun 6.
Jaga keselamatan dan kesihatan diri.

Image result for cuti penggal persekolahan 2015

Sambutan Hari Guru di SK Pulau Meranti

Pada 22/5/15 (Jumaat), majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di SK Pulau Meranti. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tazkirah ringkas mengenai pengorbanan para guru dan kewajipan menghormati guru.

Seterusnya majlis  diteruskan dengan ucapan dari wakil murid, pembacaan perutusan Hari Guru YAB Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Puan Guru Besar dan pembacaan ucapan Hari Guru KPPM yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia", serta sesi bersalaman di antara murid dan guru. Majlis dimeriahkan lagi dengan perlawanan bola sepak & bola jaring di antara guru dan murid.












Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)Sekolah sekolah Daerah Sepang Tahun2015

Tarikh      : 27 Mei 2015
Hari         : Rabu
Masa       : 7.30 pagi hingga 4.30petang
Tempat    : SMK Putra Perdana

Tiga orang murid mewakili Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SKPM, telah mengikuti Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah-sekolah Daerah Sepang Tahun 2015 yang dianjurkan oleh PPD Sepang dan Majlis Guru Kaunseling Daerah Sepang.

Kursus ini adalah untuk melatih para pelajar agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal
Kursus ini dirancang bagi memantapkan ahli PRS dalam menghayati bidang tugas dan melaksanakannya dengan kaedah yang betul. 

Objektif program adalah :
· Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
· Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
· Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
· Ahli PRS semamangnya perlu mempunyai kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi 
 secara berkesan dengan rakan dan individu lain
· Ahli PRS perlu sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
· Ahli PRS perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membantu rakan-rakan.
                                


 











LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

Tarikh  : 27 Mei 2015
Hari      : Rabu
Masa     : 7.30 pagi  - 6.00 petang

Lokasi : Muzium TUDM Kuala Lumpur
              Istana Negara Kuala Lumpur
              Tugu Negara
               Memorial Tun Abd Razak
               Masjid Negara
               Muzium Negara


Panitia Sejarah telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat tempat bersejarah di Kuala Lumpur. Lawatan sambil belajar ini melibatkan 60 orang pelajar yang terdiri daripada 30 orang pelajar tahun 5 dan 30 orang pelajar dari tahun 4. Seramai 6 orang guru telah terlibat dalam menjayakan program lawatan ini iaitu ,Cikgu Yusnizan, Cikgu Daud, Cikgu Nordin , Ustazah Ainul, Ustazah Nor Diana dan Cikgu Salinda.

Lawatan sambil belajar ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar pelajar tentang sejarah negara dan menanam sikap patriotisme dalam kalangan pelajar. Lokasi pertama yang dilawati ialah Muzium TUDM yang mana pelajar didedahkan tentang sejarah TUDM dan kelengkapan senjata yang dimiliki oleh negara serta pemimpin pemimpin tertinggi TUDM dari sebelum merdeka sehingga kini.

Lokasi kedua ialah Istana Negara. Pelajar dibawa melawat keseluruhan istana dan melihat sendiri kediaman rasmi Yang DiPertuan Agong.

Seterusnya ke Tugu Negara yang mana memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pahlawan pahlawan yang berjuang demi kemerdekaan negara.

Lokasi seterusnya ialah ke Memorial  Tun Abdul   Razak dan pelajar melihat sendiri kediaman Perdana Menteri kedua tersebut dan mengetahui latar belakang, jasa dan pengorbanan beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke dua.

Pelajar menunaikan solat zuhur di Masjid Negara yang merupakan lambang kebanggaan negara.

Lokasi terakhir pelajar melawat ke Muzium Negara dan menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Setiap lokasi yang dilawati setiap pelajar diberi tugasan masing masing.




Saat Saat Berlepas
Pemeriksaan Sedang dijalankan oleh JPJ SKPM


Lokasi Pertama - Muzium TUDM

Lokasi Kedua : Istana Negara

Bergambar di Rumah Tun Abdul Razak (PM ke 2)

Tugu Negara

Possing  Guru Guru Pengiring- Kacak Bergaya  

Muzium TUDM

Muzium Negara

Bergambar di Memorial Tun Abdul Razak
Menjamu selera di Cafe Muzium Negara





Disediakan Oleh :
Cikgu Yusnizan bin Ahmad Marzuki
Ketua Panitia Sejarah SKPM 

Tuesday, May 26, 2015

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 (JUN)

Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah pertengahan tahun  bermula. Namun, bagi murid-murid tahun 6 kelas tambahan tetap berjalan seperti biasa. Kelas tambahan ini akan diadakan dari hari Isnin (1 Jun) hingga Khamis (4 Jun). Masa untuk kelas tambahan adalah seperti jadual di bawah. Diharapkan kehadiran untuk kelas tambahan pada kali ini memberangsangkan. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kehadiran kelas tambahan akan dikira dan diberikan penghargaan kepada murid yang layak.


8.15pg – 10.00pg
10.00pg – 10.30pg
10.30pg – 12.15tgh hari
ISNIN – 1/6/2015
Kump 1 BI: Tn. Hj. Abdul Razak
Kump 2 SN: Pn. Hayati
Kump 3  MT: En. Ibrahim
Kump 4 BM: Pn. Juitah
Rehat
Kump 1  SN: Pn. Hayati
Kump 2  BI: Tn. Hj. Abdul Razak
Kump 3  BM: Pn. Juitah
Kump: 4 MT: En. Ibrahim
SELASA – 2/6/2015
Kump 1 BM: Pn. Saliza
Kump 2 MT: Pn. Suriatie
Kump 3  SN: En. Reza
Kump 4 BI: Pn. Rose
Rehat
Kump 1 MT: Pn. Suriatie
Kump 2 BM: Pn. Saliza
Kump 3  BI: Pn. Rose
Kump 4 SN: En. Reza
RABU – 3/6/2015
Kump 1 BI: Pn. Nurhafizah
Kump 2 SN: Pn. Norsaliza
Kump 3  MT: En. Taufik
Kump 4 BM: En. Nordin
Rehat
Kump 1  SN: Pn. Norsaliza
Kump 2  BI: Pn. Nurhafizah
Kump 3  BM: En. Mohd. Azmin
Kump: 4 MT: En. Taufik
KHAMIS – 4/6/2015
Kump 1 BM: Pn. Noni
Kump 2 MT: En. Gopi
Kump 3  SN: En. Daud
Kump 4 BI: En. Amir
Rehat
Kump 1 MT: En. Gopi
Kump 2 BM: Pn. Noni
Kump 3  BI: En. Amir
Kump 4 SN: En. Daud

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 19

Tarikh : 25 Mei 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :
Tn Hj Abd Razak
Pn Suriatie
Pn Saliza
En Mohd Helmi
Pn. Norhalida

Laporan :
Pengerusi Majlis : Tn Hj Abd razak
Bacaan Doa : Abu Bakar As Siddiq
Bacaan Ikrar Rukunegara : Tn Hj Abd Razak
Bacaan  Ikrar Murid         : Mohd Syamil Hafiz
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Mohd Haziq Ikmal

Pengerusi Majlis : Tn Hj Abd Razak

Pimpinan Lagu Patriotik Oleh En Mohd Reza Feelaqiz

Bacaan Rukunegara

Bacaan Ikrar Murid
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya





















Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :
Disampaikan oleh : Pn Norsaliza

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

1. Murid diingatkan untuk menjaga keselamatan diri sendiri sepanjang berada di sekolah. Elakkan daripada berlari-lari di kawasan tapak perhimpunan & berjaga-jaga semasa melalui longkang atau tangga.

2. Murid-murid diingatkan supaya menggunakan mesin Air dengan berhemah. Laporkan segala masalah berkenaan mesin tersebut pada guru bertugas.

3. Guru berterima kasih kepada semua murid yang memberikan hadiah kepada guru-guru sempena Hari Guru peringkat SKPM yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Laporan Guru Bertugas Mingguan.
Disampaikan oleh : Tn Hj Abd Razak

1. Tn Hj Abd Razak mengingatkan semua murid supaya patuh kepada nasihat guru.

2. Tn Hj mengumumkan bahawa pasukan bola sepak bawah 9 tahun telah menjadi juara dalam kejohanan bola sepak bawah 9 tahun.

3. Adik Farah Aniba Azian dan Farah Wahida Azian telah mendapat tempat pertama dan kedua dalam aktiviti mewarna di Karnival Hari Guru Peringkat Daerah Sepang di SM Seri Puteri.

Pemenang Aktiviti Mewarna di Karnival Hari Guru
Perhimpunan ditangguhkan pada jam 7.50 pagi, dan disambung ke aktiviti Mentor Mentee.

Laporan disediakan Oleh :
Pn Saliza 


Friday, May 22, 2015

Operasi Penyemburan Ubat Pencegahan Aedes

Unit Flying Squad Anti Aedes telah mengadakan Operasi Penyemburan Ubat Pencegahan Aedes pada 21/5/2015, Khamis. AJK flying squad menyemburkan ubat pencegahan nyamuk aedes sekeliling kawasan sekolah.