Saturday, May 9, 2015

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris

9 Mei 2015 - Pada hari ini, murid - murid Tahun 6 menjalani Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR. Penceramah yang dijemput hadir ialah En. Faridzal B. Arbain. Beliau merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 1, Petaling Jaya.

Seramai 92 orang murid Tahun 6 dan 5 telah hadir ke ceramah ini. Murid - murid ini telah pun menjalani  Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia sebelum rehat pada jam 8.15 hingga 11.00 pagi. Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris bermula pada jam 11.15 pagi tadi. Murid - murid didedahkan kepada teknik menjawab kertas 2 Bahasa Inggeris. Murid - murid memberikan perhatian dan diharap mereka akan dapat menggunakan ilmu yang mereka dapat ini dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun pada minggu hadapan dan UPSR nanti.





























Post a Comment