Saturday, May 9, 2015

BULAN PANITIA BAHASA INGGERIS

Sepanjang bulan April yang lalu, panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan Bulan Panitia Bahasa Inggeris. Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Inggeris telah dilancarkan pada 6 April yang lalu. Dengan tagline English is Fun, English is for Everyone, banyak aktiviti menarik yang telah dirancang dan dijalankan untuk murid - murid tahun 1 hingga 6. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Scavanger Hunt, Spell It Right, Scrabble dan Meranti Got Talent.

Aktivit dijalankan mengikut minggu. Minggu pertama aktiviti Spell It Right dijalankan. Minggu kedua dan ketiga aktiviti Scavanger Hunt dan Scrabble pula dijalankan. Kemuncak Bulan Panitia Bahasa Inggeris adalah pertandingan Meranti Got Talent yang diadakan pada 30 April yang lalu.

Pada masa yang sama, murid - murid tahun 3 terutamanya kelas Gemilang terlibat dengan Pertandingan Action Song yang telah diadakan pada 16 April yang lalu di Dewan Sekolah Seri Puteri. Walaupun pasukan Action Song sekolah hanya mendapat sijil penyertaan dalam pertandingan tersebut, mereka telah memberikan persembahan yang terbaik.

Pengelibatan murid dalam semua aktiviti Bulan Panitia Bahasa Inggeris adalah amat menggalakkan. Pada tahun hadapan, Panitia Bahasa Inggeris akan menyediakan pelbagai lagi aktiviti yang lebih menarik untuk murid - murid. 






Gambar sekitar Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Inggeris 









Gambar sekitar Pertandingan Action Song 





















No comments: