Saturday, May 16, 2015

CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ

Tarikh : 15 Mei 2015
Masa: 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan SKPM

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga sekolah telah mengadakan program ceramah Israk dan Mikraj bersempena dengan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1436H.

Ceramah selama satu jam tersebut telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Hishamuddin bin Iberahim dari SK Puchung Indah. Beliau  merupakan finalis pertandingan realiti Program Pencetus Ummah di atsro oasis.

Penyampaian yang bersahaja telah dapat menarik minat murid dan guru sekaligus memberikan kesan terhadap penyampaiannya pada hari itu. Selesai sesi ceramah, sesi kuiz murid mengikut tahap diadakan berkisar tajuk Israk dan Mikaj yang telah disampaikan oleh PU Hishammuddin tersebut.

Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi. Semoga program Israk dan Mikraj sebegini dapat lagi diadakan pada tahun hadapan. Insha Allah.


Lensa sekitar Ceramah Israk Mikraj 


Ceramah yang disampaikan oleh PU Hishamuddin bin Iberahim

Sebahagian guru-guru lelaki SKPM

Sebahagian guru-guru perempuan dibelakang dewan.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah.

Ucapan penghargaan. Semoga ustaz sudi datang lagi ke sekolah kami.

Sesi kuiz diadakan  sebagai mengakhiri slot ceramah Israk Mikraj pada hari ini.





Laporan disediakan oleh ,

Nasibah binti Sairi



Post a Comment